BENGKEL PELAN ANTI RASUAH ORGANISASI (OACP) SIRI 4

23 Februari 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah berkesempatan merasmikan Bengkel Penyediaan Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) Bil 4 secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex.

Memulakan ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. telah merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa OACP JKSM/JKSN/MSN serta pihak konsultan daripada Institut Integriti Malaysia yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam pembinaan dokumen OACP ini.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., gerak kerja bagi pembinaan dokumen ini bermula dengan Taklimat Kesedaran Mengenai Dokumen Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) Bagi JKSM dan JKSN/ MSN Seluruh Malaysia pada 25 Ogos 2021 dan disusuli dengan Bengkel Analisis Data OACP dan Penilaian Risiko pada 12 Oktober 2021.

Seterusnya Bengkel Perancangan Senario OACP pada 8-10 Februari 2022 lalu dan kini telah memasuki fasa terakhir, iaitu Bengkel Pemurnian OACP yang berlangsung selama dua hari bermula 23 hingga 24 Februari 2022.

YAA Dato’ Setia Dr., mengharapkan dengan terhasilnya dokumen OACP ini, ia dapat memberi impak yang besar terhadap jabatan khususnya dalam perkara yang melibatkan integriti, tadbir urus dan rasuah selain merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial kita terhadap jabatan dalam menjamin kelestarian perkhidmatan awam yang cemerlang.

Last Updated on February 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024