BENGKEL PEMURNIAN GARIS PANDUAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

24 Mei 2022 | Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Garis Panduan BSK JKSM secara fizikal di Hotel Corus Kuala Lumpur yang telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Bengkel ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula pada 24 sehingga 26 Mei 2022. Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk mengemaskini, menyelaras dan menambah baik Garis Panduan BSK Tahun 2016 sebagai panduan dan rujukan pegawai BSK dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian. Garis panduan yang akan dikemaskini ialah :

i. Garis Panduan Unit Khidmat Nasihat Perundangan;

ii. Garis Panduan Unit Pengurusan Dana; dan

iii. Garis Panduan Unit Penguatkuasaan dan Pelaksanaan Perintah.

Dalam bengkel ini juga akan diadakan ceramah berkaitan dengan Teknik Gubalan Undang-Undang pada 24 Mei 2022 jam 8.30 malam yang akan disampaikan oleh YA Dato’ Sri Shamsulbahri bin Haji Ibrahim, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Untuk rekod, Bengkel ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM, Puan Maimun binti Mohd, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, Penolong Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah BSK Seluruh Malaysia.

Diharap agar Bengkel Pemurnian Garis Panduan BSK JKSM ini dapat memperkemaskan lagi mutu kerja pegawai-pegawai BSK Seluruh Malaysia sekaligus dapat membantu mempermudahkan urusan ibu-ibu tunggal dalam prosiding kes pelaksanaan dan penguatkuasaan perintah nafkah di Mahkamah Syariah.

Last Updated on Mei 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in Julai 2022

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahad
Jun 27, 2022(2 events) Jun 28, 2022(1 event) Jun 29, 2022 Jun 30, 2022 Julai 1, 2022(2 events) Julai 2, 2022 Julai 3, 2022
Julai 4, 2022(1 event) Julai 5, 2022 Julai 6, 2022 Julai 7, 2022 Julai 8, 2022 Julai 9, 2022 Julai 10, 2022
Julai 11, 2022 Julai 12, 2022 Julai 13, 2022 Julai 14, 2022 Julai 15, 2022(1 event) Julai 16, 2022 Julai 17, 2022
Julai 18, 2022(1 event) Julai 19, 2022 Julai 20, 2022 Julai 21, 2022 Julai 22, 2022 Julai 23, 2022 Julai 24, 2022
Julai 25, 2022 Julai 26, 2022 Julai 27, 2022(1 event) Julai 28, 2022(1 event) Julai 29, 2022(2 events) Julai 30, 2022 Julai 31, 2022