BENGKEL PENGENALAN SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN

Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) JKSM mengadakan program Bengkel Pengenalan Sistem Pengurusan Perpustakaan pada 8 – 10 Ogos 2022 bertempat di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (i-KPKT), Bukit Tinggi, Bentong Pahang.

Program tersebut disertai oleh kakitangan yang menguruskan Pusat Sumber Maklumat dari JKSN dan MSN di seluruh Malaysia yang mana perasmian telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar (Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia).

Seramai 35 orang kakitangan termasuk urus setia dari JKSM, JKSN dan MSN yang menghadiri program ini terdiri daripada Ketua Penolong Pengarah BPSMP, Pegawai-pegawai Syariah dan Pembantu Pustakawan di negeri-negeri serta kakitangan Seksyen Pusat Sumber Maklumat, BPSMP.

Ketua Penolong Pengarah Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan, Tuan Haji Ghazali Ahmad dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan, objektif bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan yang mengendalikan pengurusan Pusat Sumber Maklumat JKSN / MSN mengenai proses pencarian maklumat dan pendokumentasian bahan perpustakaan melalui Sistem Perpustakaan Bersepadu (KOHA). Selain daripada itu, bengkel ini bertujuan mengenal pasti faedah dan kepentingan Sistem KOHA kepada perpustakaan dan pengguna, memanfaatkan pengalaman pelaksanaan Sistem KOHA di perpustakaan dan mengenalpasti isu-isu semasa pembangunan/ pelaksanaan Sistem KOHA.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian program tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar bengkel ini dapat memberi pendedahan awal kepada pegawai-pegawai JKSN/MSN yang mengendalikan

Pusat Sumber Maklumat mengenai pengurusan Sistem KOHA seperti yang telah dilaksanakan di JKSM sekarang ini.

Beliau juga mengharapkan dengan panduan fasilitator yang berpengalaman, proses pengenalan Sistem KOHA akan lebih terfokus dalam memastikan penggunaan sistem tersebut dapat dilaksanakan secara optimum. Bengkel pada kali ini dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Puan Norlia binti Mohamed Salleh, Pembantu Pustakawan Kanan dari Pusat Sumber Maklumat, Jabatan PERHILITAN Malaysia.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar Sistem KOHA ini dapat diperluaskan penggunaannya dalam masa yang terdekat ini ke JKSN / MSN supaya data-data bahan pusat sumber dapat diseragamkan bagi memudahkan urusan pencarian maklumat bahan-bahan perpustakaan.

Selain daripada itu, YAA Dato’ Setia Dr. juga menyatakan kursus ini amat relevan diadakan kerana ianya bertepatan dengan salah satu Pelan Strategik 2021-2025 JKSM yang menggariskan strategi mempertingkatkan perkongsian maklumat antara JKSM / JKSN / MSN melalui penggunaan Sistem KOHA dan juga pewujudan penyimpanan koleksi digital jabatan.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada BPSMP kerana mengambil langkah proaktif seperti ini dalam membantu warga JKSM/JKSN/MSN untuk menguruskan Sistem Perpustakaan Bersepadu KOHA secara cepat dan efisien apabila dilaksanakan kelak.

Last Updated on August 10, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024