CHILD RIGHTS COMMITTEE (CRC) WEBINAR: “WILL THE BSK MODEL BE ADOPTED BY CIVIL COURTS”

26 Julai 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie petang ini telah dijemput sebagai pembicara di dalam Child Rights Committee (CRC) Webinar On The Family Support Division Services Of The Malaysian Syariah Judiciary anjuran Bar Council Malaysia.

Webinar yang dimoderatorkan oleh Puan Fahda Nur Ahmad Kamar (Peguambela & Peguamcara) ini bertujuan membicarakan tentang pengoperasian Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di mahkamah syariah dan bagaimana model tersebut dapat diaplikasikan di mahkamah sivil.

Kesempatan ini di ambil oleh YAA Dato’ Setia Dr. untuk menerangkan tentang peranan dan fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang diwujudkan oleh JKSM bagi membantu menyelesaikan masalah penguatkuasaan nafkah di kalangan para suami yang culas.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menerangkan tentang sejarah penubuhan BSK selain pengoperasian tiga unit utama BSK iaitu Unit Khidmat Nasihat Perundangan (UKNP), Unit Penguatkuasaan & Pelaksanaan Perintah (UPPP) dan Unit Pengurusan Dana (UPD).

Tambah YAA Dato’ Setia Dr., pelbagai inisiatif sedang dijalankan oleh BSK termasuk mendapatkan maklumat penghutang penghakiman dengan kerjasama pelbagai agensi seperti JPN, KWSP, SKMM, LHDN, Syarikat Telco dan e-Census dalam usaha mengurangkan jumlah kes-kes nafkah yang tertunggak.

YAA Dato’ Setia Dr. juga berkesempatan berkongsi tentang pelaksanaan perintah Hiwalah di mana satu mesyuarat telah diadakan bersama Bank Negara Malaysia pada 20 Julai 2022 yang lalu bagi membincangkan beberapa persoalan yang berbangkit daripada pindaan perintah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 yang telah mengiktiraf perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.

Webinar yang dijalankan secara dalam talian melalui platform zoom ini dihadiri oleh ahli-ahli Majlis peguam dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain dipancarkan secara langsung menerusi FB Page Malaysia Bar.

Last Updated on July 26, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 30, 2023 January 31, 2023 February 1, 2023 February 2, 2023 February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023
February 6, 2023 February 7, 2023 February 8, 2023 February 9, 2023 February 10, 2023 February 11, 2023 February 12, 2023
February 13, 2023 February 14, 2023 February 15, 2023 February 16, 2023 February 17, 2023 February 18, 2023 February 19, 2023
February 20, 2023 February 21, 2023 February 22, 2023 February 23, 2023 February 24, 2023 February 25, 2023 February 26, 2023
February 27, 2023 February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023