E-KONSULTASI: INOVASI JKSM DAN ADVOKASI MASYARAKAT

JUMAAT, 26 MEI 2023- Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sekali lagi melakukan anjakan paradigma dengan menawarkan perkhidmatan e-Konsultasi atau runding cara percuma kepada masyarakat yang berhadapan isu-isu perundangan dan kehakiman di Mahkamah Syariah.

“E-Konsultasi ini merupakan inovasi baharu JKSM dalam menawarkan rundingcara dan khidmat nasihat perundangan secara atas talian kepada masyarakat. Jika sebelum ini mana-mana pihak yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan perlu membelanjakan sejumlah kos, namun dengan perkhidmatan e-Konsultasi ini mereka berpeluang untuk mendapatkan khidmat runding cara tersebut dengan pantas, mudah dan tanpa melibatkan sebarang bayaran,” ujar YAA Dato’ Hj Mohd Amran bin Mat Zain, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM ketika merasmikan perkhidmatan e-Konsultasi tersebut.

“Terdapat pelbagai manfaat e-Konsultasi kepada masyarakat. Antaranya runding cara ini diadakan secara face to face dengan dikendalikan oleh pegawai JKSM yang berpengalaman.”

“Maklumat sahih yang disampaikan secara terfokus kepada individu tertentu yang menghadapi kemusykilan tersebut diharapkan dapat mengurangkan stress masyarakat dan kesesakan di kaunter Mahkamah,” tambah beliau lagi.

Perkhidmatan e-Konsultasi ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa had kewangan tertentu. Justeru, bagi mereka yang berhasrat untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, masing-masing hendaklah mengisi e-borang yang disediakan ketika program Online Legal Clinic (OLC) yang bersiaran menerusi facebook live JKSM, pada hari Khamis, jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Dengan kata lain, program OLC merupakan gerbang kepada masyarakat untuk mendapatkan perkhidmatan e-Konsultasi tersebut.

Seterusnya, persoalan berbangkit yang telah disaring tersebut akan diserahkan kepada pegawai tertentu dan link google meet diemailkan kepada pihak yang bertanya bagi penetapan sesi konsultasi pada hari Jumaat keesokannya.

“Bertepatan dengan motto Online Legal Clinic dan E-Konsultasi iaitu ‘Segalanya tentang anda’, maka sesungguhnya kejayaan e-Konsultasi ini bergantung kepada sambutan daripada masyarakat. Sehubungan itu, masyarakat disarankan untuk memanfaatkan perkhidmatan ini dengan sebaiknya,” tegas YAA Dato Hj Mohd Amran di hujung ucapannya.

Untuk rekod, OLC dan E-Konsultasi merupakan inisiatif dari Bahagian Latihan JKSM dengan sinergi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) demi untuk membumikan ilmu perundangan dan kehakiman syariah, di samping bertindak sebagai salah satu kaedah advokasi kepada masyarakat awam. Sehingga kini tujuh sesi e-konsultasi dikendalikan oleh empat orang pegawai JKSM dan JPW yang dilantik.

Last Updated on May 26, 2023

Kalendar JKSM

Events in June 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 29, 2023 May 30, 2023 May 31, 2023 June 1, 2023 June 2, 2023(1 event) June 3, 2023 June 4, 2023
June 5, 2023 June 6, 2023 June 7, 2023 June 8, 2023 June 9, 2023(2 events) June 10, 2023 June 11, 2023
June 12, 2023 June 13, 2023(1 event) June 14, 2023 June 15, 2023 June 16, 2023(1 event) June 17, 2023 June 18, 2023
June 19, 2023(1 event) June 20, 2023(1 event) June 21, 2023(1 event) June 22, 2023 June 23, 2023 June 24, 2023 June 25, 2023
June 26, 2023 June 27, 2023 June 28, 2023 June 29, 2023 June 30, 2023 July 1, 2023 July 2, 2023