BENGKEL ‘BRAINSTORMING’ PENYEDIAAN STANDARD OPERATION PROCEDURE (SOP) TEKNIKAL ICT JKSM

19 Julai 2022 – Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Bengkel ‘Brainstorming’ Penyediaan Standard Operation Procedure (SOP) Teknikal ICT JKSM pada 18 Julai 2022 hingga 19 Julai 2022 bertempat di Dewan Tan Sri Dato’ Setia Dr. Ibrahim Lembut, JKSM. Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mengenal pasti dan mengemas kini SOP Teknikal ICT seterusnya membangunkan dokumen SOP yang terkini khusus untuk rujukan pegawai di BTMK, JKSM.

Perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Pengarah Kanan (Kehakiman), Tuan Mohamad Zakian bin Dio dalam majlis pembukaan bengkel pada 18 Julai 2022. Dalam ucapan beliau, dinyatakan bahawa penyelesaian teknikal dalam bidang ICT tidak terhad kepada satu kaedah atau jalan penyelesaian serta bergantung pada kemahiran pegawai tertentu sahaja. Maka, satu penyelarasan standard harus ditentukan sebagai rujukan. Penyelarasan standard juga akan dapat membantu proses kawalan kualiti dan kestabilan perkhidmatan sokongan BTMK.

Bengkel ini telah disertai oleh semua pegawai Skim F di JKSM melibatkan Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer. Aktiviti bengkel adalah termasuk mengenal pasti prosedur-prosedur lama yang tidak lagi relevan dalam proses kerja semasa, prosedur yang masih lagi boleh digunakan dan prosedur yang perlu dikemas kini diperbaiki. Terdapat juga beberapa prosedur baharu diwujudkan bagi memastikan proses kerja memenuhi keperluan proses kerja semasa.

Ucapan penutup bengkel telah disampaikan oleh Pengarah BTMK, Encik MOhd Razalan bin Kamal pada hari terakhir bengkel. Beliau mengharapkan agar hasil ‘perah otak’ dalam bengkel selama dua hari ini akan menghasilkan dokumen SOP yang lengkap dan terkemas kini yang mampu menggerakkan BTMK dalam memberikan perkhidmatan sokongan ICT yang lebih cemerlang kepada JKSM dan juga pihak-pihak berkepentingan.

Last Updated on July 19, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023