BENGKEL JADUAL PELUPUSAN REKOD URUSAN FUNGSIAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK

14 Februari 2023| Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah mengadakan Bengkel Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian bertempat di Hotel Merdeka Palace Kuching. Bengkel ini bertujuan untuk membincangkan Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian khusus bagi JKSS selaras dengan keperluan Ordinan dan undang-undang yang berkuatkuasa di negeri Sarawak.

Antara objektif bengkel tersebut ialah:-

1. Memastikan rekod yang bernilai sementara dapat dimusnahkan dengan segera manakala rekod yang bernilai kekal dipindahkan ke Pustaka Negeri Sarawak untuk simpanan kekal.

2. Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran menerusi pelupusan rekod secara efisien dan sistematik, menjimatkan perbelanjaan pengurusan sesebuah penjawat awam.

3. Mematuhi keperluan perundangan dengan mengenal pasti serta memisahkan bahan-bahan rekod yang berpotensi untuk dijadikan bahan rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang.

Bengkel ini turut disertai oleh Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak iaitu Yang Amat Arif Datu Haji Awg. Suhaili bin Ledi, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak iaitu Yang Arif Tuan Abdul Karim bin Haji Mohd Nuli, pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sarawak dan wakil JKSM iaitu Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah BPKR), Puan Sofian binti Ahmad (KPP Seksyen Rekod BPKR) dan Puan Hasmaniza binti Ainullah (Wakil BTMK), serta wakil daripada Pustaka Sarawak iaitu Puan Jeysi Halmi dan En Amrul Nasri Mohammed (Pustakawan).

Last Updated on February 14, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024