“BRAINSTORMING COFFEE SESSION” BERSAMA MNRB GROUP

11 Oktober 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah dijemput sebagai salah seorang Pembicara (Discussant) dalam “Brainstorming Coffee Session” bersama MNRB di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Sesi sumbangsaran kali ini bertemakan “Transcend MNRB Group to the Next Level of Innovation and Value Creation”.

YAA Dato’ Setia Dr. telah mengulas kertas pembentangan Prof. Dr. Younes Soualhi, Head Of Islamic Banking Unit (ISRA) yang bertajuk “New Area for Takaful/Retakaful to Leverage: (VBIT) as the Maqasid Framework for Sustainable Products”.

Dalam sesi tersebut, YAA Dato’ Setia Dr. menerangkan perihal kepentingan maqasid syariah dalam kerangka produk-produk keluaran Takaful demi membantu industri takaful dalam melaksanakan inisiatif utama bagi membuka potensi industri tersebut ke arah ekosistem kewangan yang mampan.

Beliau juga menyarankan perlunya galakan penyertaan semua pihak berkepentingan dalam kejayaan pelan hala tuju tersebut kerana Pelan Hala Tuju VBIT adalah bersifat jangka panjang dan inklusif maka kejayaannya bergantung sepenuhnya kepada penyertaan positif semua pihak yang berkepentingan.

Turut hadir sebagai panel dalam sesi tersebut adalah Assoc. Prof. Dr. Said Bouheraoua, Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Shariah MNRB (selaku moderator); dan Mr. George Oommen, Ahli Lembaga Pengarah MNRB.

Last Updated on October 11, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024