GOOD PRACTICE ON ETHICS AND INTEGRITY

SUBANG, 6 Okt. 2022 | YAA Dato Setia Dr. Hj Mohd. Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii, JKSM telah dijemput sebagai panelis bagi siri Kursus Eksekutif berhubung Peraturan, Etika dan Integriti.

Kursus eksekutif ini dihadiri oleh pegawai-pegawai pengurusan tertinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan dianjurkan oleh Pusat Undang-undang, Harun M Hashim, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan kerjasama JPA.

“Sesungguhnya Allah SWT menyerahkan amanah kepada seseorang yang berhak menerimanya. Dan apabila seseorang itu menjalankan amanah, hendaklah mereka melakukannya dengan adil,” ujar YAA Dato Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar ketika mengulas mengenai etika dan integriti dengan mengaitkannya dengan firman Allah SWT menerusi ayat 58, surah _al-Nisa’._

“Amanah yang dipikul ini bukan hanya memberi kesan terhadap maruah diri dan agensi, keutuhan ekonomi serta kestabilan pentadbiran di sesebuah negara, malah segala tindak tanduk tersebut akan dipersoalkan di Akhirat kelak.”

“Dari sinilah pentingnya penekanan iman dan kekuatan mental sebagai benteng jatidiri bagi mengelakkan seseorang terpengaruh dengan nikmat sementara,” tambah beliau lagi.

Turut sama sebagai panelis adalah Mr. Teoh Chin Yap, Ketua Bahagian Integriti dan Korporat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Encik Azizi M.Ali, Ketua Pematuhan Pegawai, PETRONAS serta dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Zuraidah Hj Ali, Pengarah, Pusat Undang-Undang, Harun M. Hashim, UIA.

Last Updated on October 7, 2022

Kalendar JKSM

Week of Nov 7th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 4, 2024 November 5, 2024 November 6, 2024 November 7, 2024 November 8, 2024 November 9, 2024 November 10, 2024