KEJAYAAN PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN PERINTAH BAHAGIAN SOKONGAN KELUARAGA (BSK) SEKSYEN NEGERI -NEGERI

3 Mac 2021 – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri seluruh Malaysia terus mengorak langkah dalam menjalankan fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan muta’ah. Terkini, BSK Seksyen Negeri Sembilan berjaya menyelesaikan tunggakan nafkah sebanyak RM49,154.49 melalui Notis Penghakiman dan Saman Penghutang Penghakiman. Penyelesaian dicapai apabila Penghutang Penghakiman bersetuju untuk menyerahkan bahagian rumah miliknya yang bernilai RM200,000.00 kepada anak-anak sebagai pertukaran penyelesaian tunggakan nafkah.

Berita gembira juga diperolehi daripada Bahagian Sokongan Keluarga BSK Seksyen Negeri Sarawak apabila turut merekodkan kejayaan dengan penyelesaian tunggakan nafkah sebanyak RM1,850.00. Dalam kes lain yang dikendalikan oleh BSK Seksyen Negeri Sarawak, tunggakan nafkah sebanyak RM47,000.00 telah diperintahkan untuk dibayar secara ansuran dengan bayaran awal sebanyak RM5,000.00 dan RM1,000.00. Kedua-dua kes mendapat kerjasama yang baik daripada Penghutang Penghakiman di mana Penghutang Penghakiman telah hadir untuk membuat pembayaran dan direkodkan di hadapan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK).

Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Seksyen Negeri Pahang turut mencatatkan kejayaan dalam proses runding cara yang dilaksanakan. Persetujuan telah berjaya dicapai di antara Pemiutang dan Penghutang Penghakiman bagi penyelesaian penuh tunggakan nafkah sebanyak RM7,720.00.

Kejayaan yang dicapai adalah hasil kerjasama yang baik terutama di pihak Penghutang Penghakiman dalam memastikan tunggakan nafkah dapat dilangsaikan. Semoga lebih ramai Penghutang Penghakiman akan tampil melaksanakan tanggungjawab nafkah anak-anak.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024