KELAS BACAAN DAN PEMAHAMAN AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 (AKTA 303) SIRI III TAHUN 2022

18 Oktober 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua pengarah JKSM pagi ini telah dijemput sekali lagi sebagai penceramah dalam Kelas Bacaan dan Pemahaman Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) Siri III tahun 2022.

Program anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ini diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Kuala Lumpur melibatkan para peserta yang terdiri daripada Pendaftar-Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (PNCR) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sesi pada hari ini bermula dengan YAA Dato’ Setia Dr. menerangkan tentang Seksyen 59 yang memperihalkan tentang Kuasa Mahkamah memerintah nafkah bagi isteri dan kesan nusyuz.

Di samping itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menjelaskan tentang konsep sebenar pensabitan nusyuz di sisi undang-undang.

Untuk rekod, kelas bacaan Akta ini telah dijalankan selama lima (5) tahun bertujuan untuk memberi pendedahan khusus berhubung pemakaian akta 303 di mana setiap seksyen dikupas, dibahas dan diperincikan satu persatu bagi memastikan kefahaman semua peserta terhadap ilmu yang dipelajari mencapai tahap optimum.

Kelas bacaan yang berkonsepkan komunikasi interaktif dua hala ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari.

Last Updated on October 18, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Melaka
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Selangor
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Penang
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Perak
  • Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah
    Sidang Mahkamah Rayuan Syariah Sabah