KONTINJEN JKSM MEMERIAHKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 1444H/2022M

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2022| Seramai 30 orang pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan bagi tahun 1444H/2022M anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Majlis sambutan ini dimulakan dengan perarakan daripada 22 kontinjen yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta, syarikat korporat serta badan bukan kerajaan (NGO). Turut menyertai perarakan tersebut adalah anggota beruniform seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan “Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran” ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ahmad Marzuk bin Hj Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ha Ehwal Agama).

Ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul tersebut, YB Timbalan Menteri tersebut menekankan bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW perlulah dijelmakan menerusi amalan sama ada dalam urusan pentadbiran, pengurusan, pendidikan, kewangan, malah sama ada ketika berurusan sesama Muslim mahupun bersama bukan Islam. Begitu juga penyampaian dakwah dan interaksi perlu dilakukan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran.

“Pendidikan perlu diberi keutamaan oleh setiap ahli keluarga terutamanya dalam menitikberatkan ajaran al-Quran, amalan sunnah serta berakhlak mulia agar mempunyai jatidiri yang kukuh, spiritual yang utuh, fizikal yang cergas serta minda yang cerdas,” tambah beliau lagi.

Majlis sambutan tersebut diserikan dengan penganugerahan kepada tokoh dan organisasi cemerlang yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat dan ummah.

Bagi tahun 1444H/2022M, YBhg Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom telah diangkat sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Utama Maulidur Rasul, manakala Encik Arbaani bin Talib merupakan Penerima Anugerah Khas Individu kategori Perkhidmatan Sokongan.

Selain kedua-dua penerima Anugerah tersebut, terdapat lima Anugerah Khas Maulidur Rasul bagi Organisasi yang dikurniakan berdasarkan kategori tertentu seperti berikut:

i) Kategori Masjid- Masjid Abu Bakar al-Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur;

ii) Kategori Surau- Surau Putra al-Amin, Presint 8, Wilayah Persekutuan Putrajaya;

iii) Kategori Sekolah Menengah- Sekolah Menengah Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan;

iv) Kategori Sekolah Rendah- Sekolah Rendah Agama Salahuddin al-Ayubi; dan

v) Kategori Pertubuhan bukan Kerajaan- Yayasan Amal Malaysia.

Pemenang pertandingan bagi perarakan bersempena sambutan Maulidur Rasul pula dijuarai oleh kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Naib Juara dimenangi oleh kontinjen Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jabatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Untuk rekod, Wilayah Persekutuan merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri selepas berakhirnya pandemik Covid-19.

Last Updated on October 12, 2022

Kalendar JKSM

Events in February 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023
February 6, 2023 February 7, 2023(1 event) February 8, 2023 February 9, 2023(1 event) February 10, 2023(1 event) February 11, 2023 February 12, 2023
February 13, 2023(1 event) February 14, 2023(1 event) February 15, 2023 February 16, 2023 February 17, 2023 February 18, 2023 February 19, 2023
February 20, 2023(1 event) February 21, 2023(1 event) February 22, 2023(1 event) February 23, 2023 February 24, 2023 February 25, 2023 February 26, 2023
February 27, 2023(1 event) February 28, 2023 March 1, 2023 March 2, 2023 March 3, 2023 March 4, 2023 March 5, 2023