KONVENSYEN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH TAHUN 2022 PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN

BANGSAR, 25 Oktober 2022 | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM hari ini telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel dalam Konvensyen Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Tahun 2022 Peringkat Wilayah Persekutuan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Konvensyen yang dimulakan seawal jam 8.45 pagi disajikan dahulu dengan pembentangan kertas kerja oleh Prof. Datuk Dr Shamrahayu A.Aziz menerusi tajuk _Cabaran Pengutkuasa Agama : Mengangkat Penguatkuasaan Syariah Setanding Dengan Agensi Penguatkuasaan Yang Lain_, kemudian selanjutnya disusuli dengan sesi forum.

Bersama-sama YAA Dato’ Setia Dr di atas pentas forum ialah YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, Ahli Dewan Negara merangkap Peguam Syarii dan Ustazah Yuhaniz binti Mohd Yusop, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan komuniti JAKIM, dengan dikendalikan oleh Tuan Mohd Shahidan Bin Abd Ghapar, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Latihan JKSM selaku moderator.

Terlebih dahulu, Konvensyen yang bertemakan “Syariah Diperkasa, Keluarga Malaysia Sejahtera” membawa tajuk _Isu Orang Ketiga : Di mana Kesudahannya?_ sebagai topik utama untuk dibincangkan dan dibahaskan oleh ketiga-tiga panel.

YAA Dato’ Setia Dr. memulakan sesi forum dengan menjelaskan tentang tafsiran serta sudut pandang undang-undang terhadap perbuatan orang ketiga yang dikatakan menjadi satu kesalahan.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menerangkan kedudukan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan untuk mensabitkan kesalahan tersebut menurut seksyen 36, 37 dan 38 Akta 559.

Turut sama hadir ke Konvensyen tersebut adalah YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah JAWI, Dato’ Syed Mohd Zainal bin Abdullah, Bahagian Siasatan dan Perundangan, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Hj Mohd Khir bin Hj Osman, Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman,

YBrs Tuan Haji Mohd Fadzil Bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi, JAWI.

Konvensyen selesai sepenuhnya jam 12.45 dengan perasmian disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di akhir sesi.

Last Updated on October 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024