KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA NAIB CANSELOR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

11 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah mengadakan kunjung hormat dan perbincangan bersama YBhg. Profesor Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani USIM, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebentar tadi.

YAA Dato’ Setia Dr. yang juga merupakan Penaung Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mengetuai delegasi yang terdiri daripada YAA Dato’ Abas bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan; Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz, Presiden PPSM; Tuan Muhamad Yusro Bin Borhan Nordin, Timbalan Presiden PPSM; Tuan Mohd Ridzwan Bin Ghazali, Naib Presiden II PPSM; dan Tuan Muhammad Khairul Nizzam Bin Kassim, Exco Sukan PPSM.

Kunjungan dan perbincangan ini diadakan bagi tujuan mengadakan Sukan Mahkamah Syariah Kali ke-5 (SMS-5) pada tahun 2023 di USIM yang akan melibatkan penyertaan warga Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, penganjuran SMS ini telah bermula sejak tahun 2010 (SMS-1) di UNISZA, Terengganu, pada tahun 2013 (SMS-2) di UKM, Bangi Selangor, pada tahun 2015 (SMS-3) di USM, Pulau Pinang dan kali terakhir adalah pada tahun 2017 (SMS-4) di UTEM, Melaka.

Namun kejohanan SMS direhatkan sementara penganjurannya ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan akibat penularan Covid-19.

Walaubagaimanapun, hasrat untuk mengadakan SMS-5 tahun 2023 ini diteruskan semula setelah cadangannya mendapat persetujuan tuan rumah iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan.

YAA Dato’ Setia Dr. juga berharap kerjasama pada kali ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara JKSM dan USIM yang memang telah tersedia sama ada melalui akademi mahupun program lain seperti SMS yang akan diadakan kelak.

Last Updated on August 11, 2022

Kalendar JKSM

Week of Sep 5th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 2, 2024 September 3, 2024 September 4, 2024 September 5, 2024 September 6, 2024 September 7, 2024 September 8, 2024