KUNJUNG HORMAT DAN PERBINCANGAN MENGENAI KERJASAMA STRATEGIK DI ANTARA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA (KAGAT) DENGAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

15 September 2022| Satu kunjung hormat dan perbincangan mengenai kerjasama strategik di antara Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan Jabatan Kehakiman Syariah telah diadakan pada petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah Kanan Pengurusan, Aras 7 JKSM.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Dalam ucapan aluan beliau, YAA Dato’ Setia Dr. mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Mejar Jeneral Haji Mohd Rashidi bin Bujai, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Kagat yang ke-9 pada 14 Februari 2022.

Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan kerjasama bagi rakan strategik dalam bidang perundangan Islam di antara KAGAT dan JKSM; Bantuan Kepakaran dalam melatih anggota KAGAT dalam bidang perundangan Islam dan timbal balas berkaitan bidang ketenteraan kepada JKSM; dan kerjasama bagi mewujudkan Unit Sulh dan Hakam ATM.

YAA Dato’ Setia Dr. menyatakan bahawa kerjasama strategik ini bakal mengeratkan lagi hubungan ukhwah antara kedua-dua agensi sekaligus dapat membantu pelbagai pemasalahan khususnya isu-isu yang melibatkan Nikah, Cerai, Rujuk di kalangan anggota-anggota KAGAT.

Mejar Jeneral Hj. Mohd Rashidi berbesar hati dengan jalinan strategik yang akan dimulakan bersama JKSM terutamanya berkaitan pewujudan Unit Sulh dan Hakam ATM serta kolaborasi latihan/kursus berkaitan Undang-Undang Keluarga Islam dan Ketenteraan antara kedua-dua agensi.

Turut hadir Mejar Jeneral Hj Mohd Rashidi bin Bujai, Ketua Pengarah KAGAT; Brig Jen Hj Zainal Abidin bin Mohamed Salleh, Timb Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan KAGAT; Lt Kol Mohd Nizar Zahrin bin Zakaria, Ketua Sel Kemajuan Ahwal Syakhsiah; Mej Muhammad Khairil bin Mazlan, Ketua Unit Undang2 Syariah; YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM; Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Pengarah Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod JKSM; Tuan Kamarulzaman Bin Ali, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM; dan Tuan Abdul Fattah Bin Dato’ Kamarudin, Pegawai Khas Ketua Hakim Syarie Malaysia.

Last Updated on September 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023