KUNJUNGAN HORMAT DAN DIALOG PENGOPERASIAN INSTITUSI LATIHAN BERSAMA ILKEM DAN AKEPT

Nilai, 26 Januari 2023- YBhg Tuan Haji Nassir Abdul Aziz, Ketua Pendaftar telah mengetuai delegasi Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ketika sesi kunjungan hormat ke Institut Latihan Keselamatan Perlindungan Malaysia (ILKEM) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang berlokasi di Nilai, Negeri Sembilan.

Kunjungan hormat ini dilaksanakan bagi mendapatkan input dan perkongsian pandangan dalam merealisasikan penubuhan Akademi Latihan Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM), JKSM.

Sesi dialog ini dimulakan di ILKEM dengan penyampaian taklimat disampaikan oleh Encik Azarul Zaman Eliah, Ketua Program Akademik dan Kompetensi berhubung penubuhan ILKEM serta penjelasan berkenaan isu berbangkit daripada penubuhan institusi tersebut.

“Adalah dinasihatkan agar pihak JKSM meneliti setiap sudut pelan pembinaan, infrastruktur, kos dan keperluan latihan sedari awal cadangan penubuhan AKSM bagi mengelakkan timbulnya isu di kemudian hari. Untuk itu, adalah dicadangkan agar diwujudkan _task-force_ terutamanya dalam memastikan keperluan kursus/latihan sama ada dari aspek fizikal, reka bentuk dan perabot dapat dirancang dengan baik,” ujar beliau.

“Pada asalnya hanya terdapat 10 perjawatan di ILKEM, namun kami telah memohon pertambahan perjawatan kepada 42 orang bagi memastikan kursus/latihan dalam dikendalikan seoptimumnya. Manakala bagi urusan keselamatan, pembersihan dan katerer pula kami lantik syarikat/vendor luar,” tambah beliau lagi.

Seterusnya, pada sesi petang pula delegasi JKSM berkunjung ke AKEPT bagi mendapatkan pencerahan dan perkongsian pengalaman dalam pewujudan akademi latihan tersebut.

“AKEPT berbeza dengan kebanyakan institusi latihan lain. Ini kerana semenjak 2019 AKEPT dijenamakan semula sebagai sebuah agensi yang berdiri sendiri. Sehubungan itu, kami berperanan sebagai sebuah entiti khusus, mempunyai Pusat Tanggungjawab (PTJ) tersendiri serta perlu menjalankan fungsi sebagaimana jabatan lainnya seperti dalam pengendalian Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP), Mesyuarat bersama Jabatan, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan lain-lain mesyuarat/plan jabatan,” ujar YBhg Puan Hanis Huzaira Abd Hanan, Pendaftar AKEPT semasa menyampaikan taklimat.

Di akhir setiap kunjungan hormat tersebut, delegasi ditunjukkan fasiliti yang disediakan di institusi berkenaan seperti auditorium, dewan, bilik kursus, makmal, asrama dan kemudahan lainnya.

Selain ketua pendaftar, delegasi JKSM turut disertai oleh Puan Azlina Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan), Puan Nenney Shuhaidah Shamsuddin (Pengarah Bahagian Latihan), En. Ahmad Mukrim Mohd. Noor (Ketua Penolong Pengarah BKPSM), Puan Roziana Mat Amin dan Tuan Mohd Khairul Hamiz Mohd Hussin (Pen. Pengarah Kanan, Bahagian Latihan), Puan Ira Kartini Chairullah (Pen. Pengarah Bahagian Latihan) serta Encik Ahmad bin Lakibul (Penolong Jurutera).

Untuk rekod, peruntukan kewangan bagi penubuhan AKSM JKSM akan dimasukkan dalam _Rolling Plan_ ke-Empat, Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2024.

Last Updated on February 9, 2023

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024