KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KETUA PENGARAH PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA

Khamis, 4 Ogos 2022- YAA Dato Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii Malaysia sayugia berbesar hati dan mengalu-alukan kunjungan hormat daripada YBrs. Puan Salasiah binti Abdul Wahab, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Encik Faizal Hilmie bin Yusoff, Pengarah Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat, PNM.

Kunjungan hormat ini bertitik tolak daripada penganjuran Persidangan dan Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu (PPAMM) 2022 yang bertemakan “Manuskrip Perundangan Melayu: Korpus Warisan Tempatan dan Dunia” anjuran PNM yang bakal diadakan pada 9 Ogos 2022 di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Berbeza dengan tema sebelumnya, persidangan pada kali ini mengetengahkan isu perundangan dan kehakiman serta perkaitannya dengan manuskrip melayu dan set perundangan bertulis yang telah wujud lebih 600 tahun yang lampau.

Antara manuskrip dan rujukan induk perundangan tersebut termasuklah Hukum Kanun Melaka, Majallah Ahkam Johor, Hukum Kanun Pahang, Undang-undang Datuk Seri Paduka Tuan di Kedah dan Undang-undang di Kerajaan Melayu Lama yang diadaptasi daripada Majallah al-Ahkam al-Adliyyah yang bersalasilah dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Asasnya hukum kanun tersebut bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Selain itu, pelbagai manuskrip lainnya akan dipamer dan diwacanakan sepanjang program berlangsung.

Selaras dengan hadaf tersebut, maka YAA Dato Setia Dr. Hj Mohd Na’im Mokhtar diberi penghormatan dan dijemput bagi menyampaikan ucaptama semasa persidangan antarabangsa berkenaan.

Pelbagai isu dan ruang sinergi turut dibincangkan bagi memperkasakan lagi momentum jalinan kerjasama di antara JKSM dan PNM.

Sebelum mengakhiri kunjungan hormat tersebut, YBrs Puan Salasiah dan Encik Faizal diiringi ke perpustakaan JKSM bagi bersua muka dan berbincang dengan pegawai dan kakitangan PNM yang ditempatkan di jabatan ini.

Last Updated on August 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024