KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA MENTERI MELAKA

22 Januari 2021: Delegasi JKSM yang diketuai oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM hari ini berkesempatan mengadakan sesi kunjung hormat ke atas YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Hj. Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka bertempat di Pejabat SUK Negeri di Ayer Keroh, Melaka.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. bagi pihak JKSM menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah di atas perlantikan YAB Datuk Seri Utama (Dr.) sebagai Ketua Menteri Melaka pada 9 Mac 2020 yang lalu.

Antara tujuan kunjung hormat ini adalah bagi mengeratkan tali silaturrahim dan jalinan muhibbah antara Kerajaan Negeri Melaka bersama barisan kepimpinan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta Mahkamah Syariah Negeri Melaka.

Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan cadangan pembinaan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di Negeri Melaka dan Alhamdullilah YAB Datuk Seri Utama bersetuju dengan cadangan pembinaan AKSM di Melaka.

YAB Datuk Seri Utama mencadangkan dua tapak tanah di Ayer Keroh, Melaka bagi tapak pembinaan AKSM iaitu di belakang Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka seluas 10 ekar dan tanah yang terletak berhampiran Ibupejabat Kontigen (IPD) Melaka seluas 16 ekar.

Selain itu, pertemuan turut membincangkan cadangan pembangunan bangunan Mahkamah Rendah Syariah di Negeri Melaka memandangkan bangunan sedia ada sekarang ini iaitu di daerah Jasin dan Alor Gajah masih menumpang bangunan Pejabat Agama manakala daerah Masjid Tanah menggunakan bangunan Rumah Penghulu.

Di akhir pertemuan, YAB Datuk Seri Utama menzahirkan komitmen kerajaan negeri dan akan meneruskan rundingan dengan pihak EPU bagi merealisasikan hasrat penubuhan AKSM dan bangunan Mahkamah Rendah Syariah Negeri Melaka.

Turut hadir di dalam sesi kunjung hormat ini adalah Ketua Hakim Syarie MSN Melaka, Ketua Pendaftar JKSM, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Melaka dan Pengarah BPKR JKSM.

Sebelum berangkat pulang, YAA Dato’ Setia Dr. dan delegasi sempat meninjau kawasan tapak tanah yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Melaka di sekitar Ayer Keroh, Melaka.

Semoga cadangan penubuhan AKSM di Negeri Melaka dapat direalisasikan dalam usaha meningkatkan tahap kompetensi pegawai-pegawai syariah seterusnya memartabatkan sistem kehakiman dan perundangan syariah di negara kita.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023