KUNJUNGAN HORMAT KE KEDUTAAN AFGHANISTAN

5 Mac 2021: Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Duta Afghanistan ke Malaysia, TYT Dr. Moheb Rahman Spinghar di Kedutaan Afghanistan, Kuala Lumpur.

Tujuan lawatan adalah untuk bertukar pandangan serta menjalinkan hubungan kerjasama dua hala di antara Malaysia dan Afghanistan khususnya dalam bidang Kehakiman Syariah.

TYT Dr. Moheb yang dilantik sebagai Duta Afghanistan ke Malaysia sejak tahun 2019 melahirkan rasa gembira atas kunjungan YAA Dato’ Setia Dr dan pertemuan hari ini merupakan pertemuan kali pertama bagi kedua-dua pihak.

YAA Dato’ Setia Dr. terlebih berkongsi tentang sistem perundangan negara khususnya yang menyentuh tentang bidangkuasa kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan selain berkongsi tentang cabaran yang dihadapi serta kedudukan mazhab di Malaysia.

Selain itu, YAA Dato’ Setia Dr. turut menerangkan usaha yang dilaksanakan JKSM dalam mewujudkan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia sebagai satu tempat yang menawarkan program latihan bukan sahaja bagi hakim-hakim syarie di Malaysia malahan di seluruh nusantara.

TYT Dr. Mohed yang teruja dengan usaha gigih YAA Dato’ Setia Dr. yang dilihat banyak bergerak aktif menyediakan latihan dan pemahaman kepada hakim-hakim syarie termasuk di negara nusantara dan mengharapkan YAA Dato’ Setia Dr. untuk turut memberikan sepenuhnya sokongan pada negara Afghanistan yang masih di ambang peperangan.

TYT Dr. Mohed turut menawarkan untuk memeterai perjanjian persefahaman antara JKSM dan Kementerian Kehakiman Afghanistan dalam usaha mewujudkan medan pertukaran maklumat antara hakim-hakim syarie di Malaysia dan Afghanistan.

Perkara tersebut disambut baik oleh YAA Dato’ Setia Dr. dan JKSM sedia membantu berkongsi pengalaman dengan negara-negara lain termasuklah negara Afghanistan.

Semoga pertemuan hari ini memberi natijah yang baik terutama usaha-usaha ke arah memartabatkan sistem kehakiman syariah antara kedua-dua negara.

Last Updated on December 23, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023