KURSUS BACAAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM HAKIM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA

25 Mei 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Bacaan Undang-Undang Keluarga Islam Hakim Mahkamah Rendah Syariah Seluruh Malaysia secara dalam talian kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia, bermula 24 Mei 2022 hingga 25 Mei 2022.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu YA Tuan Kamal Bashah bin Dato’ Ahmad Tajuddin, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia. Purata kehadiran peserta sepanjang dua hari kursus ini berlangsung adalah antara 109 hingga 111 orang peserta.

Objektif utama kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran peserta membaca serta memantapkan kefahaman peserta dalam merujuk semua peruntukan yang terkandung dalam Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam secara tepat dan berkesan.

Sepanjang dua hari kursus ini berlangsung, komitmen yang diberikan oleh semua peserta telah berjaya melancarkan perjalanan kursus ini. Hasil perbincangan yang berlangsung di antara peserta dan penceramah telah berjaya merungkaikan soalan-soalan berbangkit daripada para peserta.

Last Updated on May 25, 2022

Kalendar JKSM

Week of Oct 3rd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
October 3, 2022 October 4, 2022 October 5, 2022 October 6, 2022 October 7, 2022 October 8, 2022 October 9, 2022