KURSUS LATIHAN KEMAHIRAN MEDIASI

01 APRIL 2022 I Bahagian Latihan,JKSM dengan kerjasama Malaysia Mediation Centre (MMC) telah menganjurkan Kursus Latihan Kemahiran Mediasi pada 25 Mac 2022 sehingga 01 April 2022 bertempat di Bilik Latihan Syariah, Aras 4, JKSM.

Kursus yang dihadiri oleh 17 orang Pegawai Sulh dan Pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) dari JKSN/MSN adalah selari dengan program peningkatan kompetensi Pegawai Sulh dan Pegawai BSK bagi tahun 2022 yang mana ia telah ditetapkan didalam Pelan Operasi Latihan (POL) 2022.

Fokus utama kurikulum bagi pelaksanaan tahun ini ialah pemantapan pemahaman dan aplikasi terhadap proses yang ditetapkan di dalam Manual Kerja Sulh dan proses rundingan BSK. Justeru, kemahiran mengadaptasi proses mediasi semasa mengendalikan kedua-dua proses ini dapat berkembang dan meningkat berdasarkan ukuran kompetensi bidang kerjaya yang telah ditetapkan.

Majlis Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan di dalam ucapannya, YAA Dato’ Setia Dr. memberi penekanan bahawa kemahiran mediasi adalah penting semasa Pegawai Sulh mengendalikan Majlis Sulh sementara Pegawai BSK semasa sesi rundingan agar pihak-pihak dapat mencapai penyelesaian tanpa perlu melalui proses litigasi yang panjang.

YAA Dato’ Setia Dr. turut berkongsi bahawa Pelan Strategik JKSM Tahun 2021 – 2025 telah menyasarkan 80% Pegawai Sulh mempunyai kelayakan profesional mediasi bertaraf antarabangsa. Turut disasarkan adalah 80% daripada pegawai Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang mengendalikan proses rundingcara turut mempunyai sijil sebagai mediator yang bertauliah. Oleh itu, adalah diharapkan agar jalinan kerjasama yang baik dengan pihak MMC dapat membantu kelangsungan dan kejayaan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Seramai 8 orang mediator bertauliah dari MMC yang diketuai oleh Datuk Kuthubul Zaman Bukhari (Pengerusi Bersama Majlis Mediasi) telah turut serta sebagai tenaga pengajar dan penilai sepanjang proses ini berjalan.

Kesemua peserta diwajibkan untuk menghadiri tempoh kursus selama 40 jam dan menjalani sesi penilaian sebelum dapat ditauliahkan sebagai mediator.

Last Updated on April 8, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023(1 event) April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023(1 event) April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023(2 events) April 14, 2023(1 event) April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023(2 events) April 19, 2023(1 event) April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023