KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG KONTEMPERORI (AKTA KWSP, AKTA PENCEN DAN AKTA FELDA)

28 Jun 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Pemahaman Undang-Undang Kontemperori (Akta KWSP, Akta Pencen Dan Akta Felda) (Secara Dalam Talian) bermula 27 Jun 2022 hingga 28 Jun 2022.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah-penceramah jemputan daripada Jabatan Undang-Undang, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Puan Mazawati binti Osman, Puan Nora binti Badaruddin, Encik Zulgafar bin Daud, Puan Nadia binti Puaad dan Puan Siti Farah binti Azizul.

Selain itu, kursus ini juga turut dikendalikan oleh Puan Anom Akmar Binti Mohd Omar, Timbalan Pengarah Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Puan Helwani binti Lukman, Timbalan Pengarah Kanan Undang-Undang Felda.

Kumpulan sasaran peserta bagi kursus ini ialah peguam-peguam Syarie Jabatan Bantuan Guaman, pegawai-pegawai Sulh dan pegawai-pegawai Bahagian Sokongan Keluarga seluruh Malaysia.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman kepada peserta mengenai isu-isu pertikaian dan persoalan dalam perbicaraan melibatkan agensi-agensi berkaitan KWSP, Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA dan FELDA.

Seterusnya, kursus ini bertujuan untuk memantapkan kefahaman berhubung undang-undang Sivil yang berkaitan dengan kes-kes melibatkan agensi berkaitan, serta memberi pendedahan berkenaan kes-kes yang dirujuk di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.

Sepanjang dua hari kursus berlangsung, para peserta telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen kepada penyampaian oleh semua penceramah jemputan. Semoga pengisian kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta dalam melaksanakan tugasan harian.

Last Updated on June 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in October 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
September 26, 2022 September 27, 2022 September 28, 2022 September 29, 2022 September 30, 2022 October 1, 2022 October 2, 2022
October 3, 2022 October 4, 2022 October 5, 2022 October 6, 2022 October 7, 2022 October 8, 2022 October 9, 2022
October 10, 2022 October 11, 2022 October 12, 2022 October 13, 2022 October 14, 2022 October 15, 2022 October 16, 2022
October 17, 2022 October 18, 2022 October 19, 2022 October 20, 2022 October 21, 2022 October 22, 2022 October 23, 2022
October 24, 2022 October 25, 2022 October 26, 2022 October 27, 2022 October 28, 2022 October 29, 2022 October 30, 2022
October 31, 2022 November 1, 2022 November 2, 2022 November 3, 2022 November 4, 2022 November 5, 2022 November 6, 2022