KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN: KETERANGAN DOKUMEN DAN LISAN (PEMAHAMAN DAN PENULISAN) HAKIM KUMPULAN 6

10 Jun 2022: Bahagian Latihan (BL), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Keterangan: Keterangan Dokumen Dan Lisan (Pemahaman dan Penulisan) Hakim Kumpulan 6 (Secara Dalam Talian) kepada Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia di bawah Kumpulan 6, bermula 8 Jun 2022 hingga 10 Jun 2022.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu, YBrs. Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam, daripada Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kumpulan sasaran peserta wajib bagi kursus kali ini ialah seramai 37 orang Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah seluruh Malaysia di bawah kumpulan 6.

Objektif utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan kefahaman peserta dalam pengunaan prinsip Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah berkaitan keterangan dokumen dan lisan bagi proses penentuan keberkaitan, penerimaan, penandaan dan menyokong fakta kes.

Selain itu, kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam membuat ulasan penghakiman bertulis berkaitan keterangan dokumen dan lisan dalam penyediaan Alasan Penghakiman yang berkualiti dari segi hukum Syarak dan undang-undang.

Last Updated on June 16, 2022

Kalendar JKSM

April 25, 2024