KURSUS UNDANG-UNDANG KETERANGAN: KETERANGAN DOKUMEN (PEMAHAMAN)

15 Julai 2021: Bahagian Latihan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Kursus Undang-Undang Keterangan: Keterangan Dokumen (Pemahaman) yang disertai oleh seramai 85 orang terdiri daripada Pegawai-pegawai Pendakwa dan Penolong Pegawai Pendakwa Syarie dari seluruh Malaysia. Kursus ini telah diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Cisco Webex bermula pada 13 hingga 15 Julai 2021.

Objektif penganjuran kursus kali ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pendakwa-pendakwa Syarie kepada semua peruntukan Undang-Undang Keterangan Mahkamah Syariah dalam pengunaan prinsip undang-undang berkaitan keterangan dokumen bagi proses penentuan keberkaitan, penerimaan, penandaan dan menyokong fakta kes.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah jemputan, iaitu Prof Dr Wan Abdul Fattah bin Wan Ismail, Professor, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kaedah penyampaian oleh penceramah jemputan kali ini dilihat dapat menarik minat para peserta.

Penglibatan para peserta kursus kali ini amat memberangsangkan apabila wujud interaksi dan komunikasi dua 2 hala dengan pelbagai isu dan persoalan yang diperbincangkan bersama dalam usaha mempertingkatkan pemahaman dalam Undang-undang keterangan.

Adalah diharapkan agar para peserta mendapat manfaat dan pencambahan ilmu sepanjang kursus ini berlangsung yang dapat memberikan nilai tambah kepada para peserta dalam menjalankan amanah dan tugasan mereka sebagai Pendakwa Syarie di seluruh Malaysia.

Semoga penganjuran kursus seumpama ini juga mampu menyumbang kepada usaha memperkasakan dan memartabatkan institusi kehakiman dan perundangan Syariah di Malaysia.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023 February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023