LAWATAN KE ARKIB MEMORIAL PERDANA MENTERI DAN MEMORIAL NEGARAWAN

13 Jun 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia pada hari ini telah menerima jemputan dari Arkib Negara Malaysia bagi program Lawatan Berpandu Ke Kompleks Arkib Perdana Menteri dan Arkib Negarawan bersempena Sambutan Minggu Arkib Antarabangsa 2022 yang telah berlangsung dari 8 Jun 2022 sehingga 14 Jun 2022.

Peserta daripada JKSM adalah seramai 12 orang yang diketuai Pengarah BPKR, Tuan Abu Suffian Bin Abu Yaziz, Ketua Penolong Pengarah BPKR, Puan Mazlina Binti Hussain, Tuan Muhammad Yusro Bin Borhan Nordin, Puan Sofian Bin Ahmad dan ahli Jawatankuasa Galeri JKSM. Program dimulakan dengan taklimat oleh puan Mazura binti Rohani, Ketua Seksyen Pengurusan Arkib Negarawan.

Objektif lawatan ini adalah untuk memperkenalkan Arkib Memorial sebagai salah satu destinasi pelancongan yang bersifat Pendidikan yang boleh di lawati. Peserta di bawa melawat ke Memorial Tun Hussain Onn, Memorial Tun Abdul Rahman dan Memorial Negarawan.

Seksyen Rekod BPKR turut berpeluang mempelajari berkaitan keperluan yang ada di sesebuah galeri sama ada dari segi susun atur, rekod dan dokumen yang bersesuaian. Melalui ilmu yang diperolehi, seksyen rekod BPKR akan menambahbaik galeri JKSM sebagai pusat khazanah sejarah dan rekod Kehakiman Syariah di Malaysia. Lawatan tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Last Updated on June 13, 2022

Kalendar JKSM

Week of Mar 27th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023