LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH SIRI KEDUA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH BEAUFORT

7 November 2022 (Isnin)

Lawatan Siri ke-2 YAA Dato’ Setia Dr Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar bersama YAA Datuk Ahmad Din bin OKK Othman ke bahagian pendalaman Sabah telah diteruskan ke Mahkamah Syariah daerah Beaufort dengan perjalanan sejauh 95KM dari lokasi sebelumnya, iaitu daerah Papar.

Ketibaan YAA Dato’ Setia Dr sekitar jam 3.10 petang telah disambut meriah oleh 10 org Pegawai dan kakitangan Mahkamah Syariah Daerah Beaufort yang diketuai oleh Tuan Hakim Awang Jalimin Matiasin walaupun dalam keadaan cuaca hujan lebat serta keadaan jalan yang kian mencabar menjadikan suasana positif dan ceria sentiasa terjalin antara semua.

Dewan Mahkamah telah dipilih sebagai lokasi majlis pertemuan dan amanat YAA Dato’ Setia Dr. telah dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Tuan Awang Jalimin Matiasin.

Ucapan aluan yang penuh dengan pengharapan oleh Ketua Pejabat tersebut menekankan berapa hasrat penting iaitu hasrat untuk mewujudkan Mahkamah Tinggi Syariah di daerah Beaufort atas justifikasi daerah ini menjadi tumpuan penduduk Islam yang majoritinya hampir 90% daripada jumlah penduduk selain juga hasrat untuk mewujudkan Mahkamah daerah yang baharu di daerah Sipitang. Kesemuanya ini adalah untuk kepentingan Dan kemudahan masyarakat Islam di daerah Beaufort.

YAA Dato’ Setia Dr yang sangat tekun mendengar ucapan aluan itu menyambut baik akan hasrat tersebut di samping mengingatkan semua ahli keluarga Mahkamah Syariah Beaufort untuk sentiasa meletakkan prinsip menjaga amanah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada pelanggan-pelanggan Mahkamah. Ianya perlu selari dengan perwujudan prasarana yang serba lengkap di Mahkamah Syariah daerah Beaufort supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap pemain-pemain yang terlibat di dalam gelanggang Mahkamah.

Untuk rekod, Mahkamah Syariah daerah Beaufort ini adalah merupakan reka bentuk pertama untuk projek pembangunan di seluruh daerah di Negeri Sabah sejak tahun 2008 turut dianggotai oleh Tuan Mohamad Junady Kantor sebagai Pegawai Sulh, Ustaz Samsu Bahrun Bin Kandol sebagai Penolong Pendaftar serta 6 yang lain merangkumi jawatan Pembantu Syariah, Pembantu Tadbir, Penghantar Notis, Pengawal Keselamatan dan Pemandu Kenderaan.

Last Updated on November 7, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023(2 events) February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023