LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH/KETUA HAKIM SYARIE JKSM BERSAMA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI SABAH SIRI KEDUA KE MAHKAMAH SYARIAH DAERAH KOTA BELUD

Kudat, 10 November 2022 (Khamis)

Lawatan Kerja YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM diteruskan lagi di bahagian Pantai Barat Negeri Sabah dengan Mahkamah Syariah Daerah (MSD) Kota Belud menjadi destinasi akhir bagi keseluruhan Siri Lawatan Kerja KP/KHS JKSM ke Mahkamah-Mahkamah Syariah seluruh Negeri Sabah.

Ketibaan YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM kira-kira jam 10.40 pagi disambut meriah oleh keseluruhan Pegawai dan kakitangan MSD Kota Belud yang diketuai oleh Ketua Pejabat merangkap Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kota Belud, Tuan Fazli Bin Manshor.

Dewan Bicara di bangunan tingkat atas premis Mahkamah telah menjadi tempat berkumpulnya Pegawai serta kakitangan MSD Kota Belud bagi mendengar amanat penting daripada YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM.

Memulakan ucapan amanat, YAA Dato’ Setia Dr menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja MSD Kota Belud yang telah difahamkan bekerja keras membuat persediaan bagi program hari ini bahkan juga bergotong royong bagi membersihkan kawasan tapak cadangan pembinaan mahkamah baharu MSD Kota Belud.

_”Kerjasama pelbagai pihak sangat diperlukan dalam memastikan pembinaan bngunan baharu Mahkamah ini dapat dilaksanakan samada daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pejabat Daerah, serta MSD Kota Belud”_ ujar YAA Dato’ Setia Dr dalam ucapannya sekaligus melahirkan hasrat kepada seluruh warga kerja MSD Kota Belud untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik dalam memberikan khidmat kepada seluruh masyarakat daerah Kota Belud.

Begitu juga Dato turut menegaskan kepada semua akan keperluan untuk membantu YAA Dato’ Ahmad Din Bin OKK Othman sebagai Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah bagi memastikan pentadbiran JKSN Sabah dapat berjalan dengan telus dan lancar.

Untuk rekod fakta, bangunan Mahkamah Syariah Daerah Kota Belud telah mula beroperasi pada tahun 2010 di bangunan kedai dengan sewaan sebanyak RM3,960.00 sebulan telah menjadi satu bebanan kepada pihak kerajaan. Seiring dengan perkara ini tanah seluas 1 ekar di pekan Kota Belud sedang dalam proses untuk pewartaan dan telah menjadi harapan kepada seluruh warga kerja MSD Kota Belud dan masyarakat daerah Kota Belud untuk berada di tempat yang lebih selesa dan sewajarnya.

Program berakhir dengan lawatan ke tapak MSD Kota Belud kira-kira 3km dari bangunan sedia ada sekarang.

Last Updated on November 10, 2022

Kalendar JKSM

Events in December 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
November 28, 2022(2 events) November 29, 2022 November 30, 2022(1 event) December 1, 2022(1 event) December 2, 2022(1 event) December 3, 2022 December 4, 2022
December 5, 2022 December 6, 2022(1 event) December 7, 2022 December 8, 2022(2 events) December 9, 2022(1 event) December 10, 2022 December 11, 2022
December 12, 2022(2 events) December 13, 2022(2 events) December 14, 2022 December 15, 2022 December 16, 2022 December 17, 2022 December 18, 2022
December 19, 2022(1 event) December 20, 2022 December 21, 2022 December 22, 2022 December 23, 2022 December 24, 2022 December 25, 2022
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023