LAWATAN, TAKLIMAT DAN DISKUSI PENGURUSAN KES PESERTA KURSUS INQUISITORIAL, SEMAKAN DAN RAYUAN YANG ARIF HAKIM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022 KE JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PAHANG (JKSNP) BERKENAAN PROSIDING INQUISITORIAL, SEMAKAN DAN RAYUAN KES

KHAMIS, 23 Jun 2022 | Seramai 40 orang Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia yang merupakan Peserta Kursus Inquisitorial, Semakan dan Rayuan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia tahun 2022 anjuran Bahagian Latihan JKSM bermula pada 21 hingga 24 Jun 2022 di Cathayana Hotel, Kuantan, Pahang telah mengadakan sesi lawatan, taklimat dan diskusi berkaitan prosiding inquisitorial, semakan dan rayuan kes ke Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pahang (JKSNP).

Delegasi program diketuai oleh YAA Datuk Nadzri bin Abdul Rahman (Ketua Hakim Syarie Melaka) selaku Fasilitator kursus bersama para fasilitator Tuan Zaim bin Md Yudin (Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Jabatan Bantuan Guaman Malaysia, Tuan Zakian Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM) dan YA Tuan Shamsudin bin Hussin (Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah (Mahkamah Khas Hadhonah) Wilayah Persekutuan, KPP Bahagian Pengurusan Rekod dan Keurusetiaan JKSM Datin Siti Maszuriyati bin Aziz, Tuan Mohamad Yusro bin Borhan Nordin bersama Yang Arif para peserta kursus dan urusetia program.

Lawatan, taklimat dan diskusi telah dijalankan dan disantuni oleh kepimpinan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, YAA Dato Sri Haji Abdul Rahman bin Md. Yunus (Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang), YA Dato’ Haji Muhammad Azhari bin Abd Rahman Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Pahang Jabatan kehakiman Syariah Pahang (JKSP), YA. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah negeri Pahang iaitu YA Tuan Sallehuddin bin Abdul Manaf, YA Tuan Mohd Khair bin Zainal Abidin, Tuan Borhan bin Hussin (Ketua Pendaftar JKSNP) dan pegawai-pegawai kanan JKSNP.

Penganjuran program dan kursus ini adalah usaha berterusan JKSM melalui Bahagian Latihan JKSM untuk menyelaras dan memperkasakan SOP berkenaan dengan prosiding inquisitorial di Mahkamah Tinggi Syariah, membincangkan, menyelaras dan memperkasakan prosiding berkaitan dengan prosiding semakan dan rayuan kes yang sering berlaku di peringkat Mahkamah Tinggi Syariah serta memperkasakan penghakiman YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah seluruh Malaysia.

Untuk rekod, kursus ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JKSM/ Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar pada Selasa 21 Jun 2022 yang lalu di Cathayana Hotel, Kuantan Pahang yang telah dijayakan oleh Penceramah Tuan Awang Armadajaya bin Pengiran Mahmud, mantan Pesuruhjaya Kehakiman Johor Bharu dan Muar, Peguam Kanan Persekutuan dan Timbalan Pendakwaraya yang berpengalaman lebih dari 28 tahun dalam perundangan dan kehakiman.

Last Updated on June 28, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

  • There are no events scheduled during these dates.