LIVE PROMOSI: SULH OUTREACH PROGRAMME DI TV ALHIJRAH

Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022| YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarii JKSM telah diundang sebagai panel jemputan di rancangan Assalamualaikum, TV Alhijrah untuk mempromosikan Sulh Outreach Programme yang akan diadakan pada 10 Ogos 2022.

YAA Dato’ Setia Dr. berkesempatan berkongsi mengenai Sulh yang bersumberkan daripada al-Quran dan al-Sunnah. Para ulama’ mentakrifkan Sulh sebagai akad perjanjian antara pihak yang bertikai bagi merungkai persengketaan secara baik.

“Program Outreach Sulh ini dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wilayah (JPW) yang bertemakan ‘Lelaki Qawwam’. Hasrat Outreach Sulh pada kali ini adalah untuk mengajak masyarakat terutamanya golongan suami dan bapa untuk menyuburkan ciri-ciri qawwam dengan menyelesaikan pertikaian secara damai,” ujar YAA Dato’ Setia Dr. Mohd Naim.

Beliau turut memaklumkan bahawa program ini akan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Haji Idris bin Haji Ahmad yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, YB Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berlangsung antaranya forum bertajuk ‘Lelaki Qawwam’ yang akan dikupas oleh pendakwah terkemuka tanah air iaitu Ustaz Samsul Debat dan Ustaz Ahmad Fadzli Abd Aziz (UNIC). Di samping itu pelbagai gerai pameran dari pelbagai agensi turut didirikan, selain daripada slot bersama Skuad Waja, Taklimat Ekosistem Keusahawanan MARA, slot Cantik Luar dan Dalam, Resepi Bahagia dan Sejahtera serta banyak lagi.

Untuk rekod, program ini diadakan secara hybrid iaitu secara fizikal di Dewan Seri Seroja, Presint Diplomatik, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan melalui Fb live JKSM dan Jabatan Pembangunan Wilayah.

Last Updated on August 5, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024