MAJLIS PELANCARAN IHYA’ RAMADAN PERINGKAT JKSM TAHUN 1443H DAN PELANCARAN BAJU KORPORAT JKSM

4 April 2022 | Kelab Kebajikan dan Sukan (KKS) JKSM hari ini telah menganjurkan Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat JKSM Tahun 1443H, Pelancaran Baju Korporat Baharu JKSM dan Pengagihan Kurma KKS JKSM yang diadakan secara dalam talian.


Majlis terlebih dahulu dimulakan dengan ucapan aluan oleh YA Dato’ Hj Mohd Amran bin Mat Zain selaku Pengerusi KKS JKSM dengan mengambil kesempatan mewar-warkan program yang bakal dilangsungkan sepanjang bulan ramadhan ini antaranya Kuiz Ramadhan, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Mencipta Teks Doa dan Majlis Khatam Al-Quran.


Majlis yang bermula jam 2.30 petang ini kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merupakan Penaung KKS JKSM.


YAA Dato’ Setia Dr KP/KHS JKSM dalam ucapannya menyeru kepada seluruh warga JKSM agar melibatkan diri dengan program-program Ihya’ Ramadan yang dianjurkan oleh pihak KKS JKSM agar dapat menguatkan ukhwah sesama warga.


Beliau turut menyeru agar sentiasa meningkatkan ketakwaan dengan mempertingkatkan amal ibadah sepanjang bulan Ramadan ini selain sentiasa mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
YAA Dato’ Setia Dr. turut merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada KKS JKSM yang dipimpin oleh YA Dato. Hj. Mohd Amran bin Mat Zain atas kejayaan menyediakan baju korporat baru kepada semua warga JKSM.

Last Updated on April 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024