MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA AHLI JAWATANKUASA KERJA SEMPENA MESYUARAT/ BENGKEL PEMBINAAN KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH BIL.3/2022

17 – 19 Oktober 2022 – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP) telah mengadakan Mesyuarat/ Bengkel Pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah Bil.3 Tahun 2022 bertempat di Dewan Comprador 4, Hotel Avilion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Mesyuarat/ Bengkel tersebut turut disertai oleh YAA Tuan Mohd. Asri bin Tahir, Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selaku penganjur bersama bengkel pada kali ini.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar mengambil kesempatan untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli jawantankuasa kerja pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah bersempena Mesyuarat/ Bengkel Pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah Bil.3 Tahun 2022.

Gerak kerja mesyuarat/ bengkel ini telah bermula pada 14 April 2022 di JKSM. Mesyuarat/ Bengkel yang berlangsung pada kali pertama tersebut telah dimulakan dengan taklimat berkenaan pemakaian Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 yang diberikan oleh Tuan Mohd. Khairi bin Haron, Timbalan Pendaftar, Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan dan Puan Wan Aima Nadzihah binti Wan Sulaiman, Ketua Unit Penyelidikan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 merupakan rujukan utama bagi jawatankuasa ini untuk menyediakan cadangan dan draf Kaedah-Kaedah Rayuan di Mahkamah Syariah.

Bengkel siri ke-2 pula telah diadakan di Kuala Terengganu pada 5 Ogos 2022 dan pada kali ini, adalah siri yang ke-3 dan terakhir bagi tahun ini.

Diantara objektif pembinaan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan Syariah ialah:-

✅Memahami akan keperluan suatu dokumen undang-undang yang bersifat substantif/ peraturan-peraturan khususnya yang berkaitan dengan panduan pentadbiran rayuan di mahkamah syariah sebagaimana kewujudan Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, adalah dicadangkan suatu kaedah-kaedah seumpamanya turut diwujudkan di Mahkamah Syariah.

✅Ianya dapat menjelaskan lagi mana-mana peruntukan yang telah sedia ada di dalam Akta/ Enakmen/ Ordinan negeri-negeri.

Melalui satu kaedah yang menyeluruh dan komprehensif tersebut, pentadbiran dan pengurusan kes rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah negeri-negeri akan lebih tersusun dan seragam antara satu sama lain.

✅Selain itu, memudahkan orang awam dan pengamal undang-undang untuk mematuhi prosedur dengan baik dan berkesan seterusnya memudahkan perjalanan kes rayuan di Mahkamah Syariah menurut Undang-undang dan Hukum Syarak.

YAA Dato’ Setia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YA Datuk/ Dato’ Hakim Rayuan, YAA Tuan Asri bin Mohd Tahir, YAA Ketua-ketua Hakim Syarie JKSN/ MSN dan Ketua-ketua Jabatan yang telah memberikan kerjasama sepanjang ketiga-tiga siri bengkel ini berlangsung pada tahun ini.

Tidak dilupakan juga penghargaan kepada ahli-ahli jawatankuasa, para urus setia sama ada daripada JKSM mahupun daripada MSWP yang telah menjayakan bengkel pada kali ini.

Last Updated on October 17, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024