MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA JAWATANKUASA KERJA SEMPENA MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBINAAN ARAHAN AMALAN 2022 BIL. 4 TAHUN 2022

20 – 21 September 2022|Seksyen Rayuan, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Arahan Pembinaan Arahan Amalan Bil.4 Tahun 2022 bertempat di Dewan Commodore 2, Aras 1, Hotel Avilion Admiral Cove, Port Dickson.

YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar berbesar hati untuk menyampaikan penghargaan dalam Mesyuarat tersebut pada 20 September 2022.

YAA Dato’ Setia Dr. memaklumkan sehingga Mesyuarat Bil.3/2022, sebanyak 6 kertas konsep telah dimuktamadkan untuk dibawa ke Jawatankuasa Induk Arahan Amalan yang bakal bersidang pada 25 – 26 Oktober 2022.

YAA Dato’ Setia Dr. mewakili JKSM, mengucapkan syabas dan tahniah kepada YA Dato’ Mohd Amran bin Mat Zain selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembinaan Arahan Amalan kerana dengan jayanya mengemudi Jawatankuasa Kerja tersebut menyediakan dan mencadangkan kertas-kertas konsep yang berkualiti dan sangat bermanfaat.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli mesyuarat sama ada yang berada di JKSM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman, JKSN/ MSN Negeri-negeri dan Persatuan Peguam Syarie yang banyak memberikan idea dan kerjasama sehingga saban tahun dapat mengeluarkan arahan amalan yang komprehensif dalam memastikan komitmen dan kelancaran dalam badan perundangan syariah terus cemerlang.

Penggubalan seumpama yang diusahakan pada hari ini, seterusnya pemakaian Arahan Amalan adalah penting demi menyeragamkan dan melicinkan urusan pentadbiran kehakiman dan perundangan syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Sudah tentu, Arahan Amalan yang telah dibina oleh jawatankuasa ini adalah suatu arahan pentadbiran berkaitan perundangan dan kehakiman yang bertujuan memastikan motto “Syariah Asas Keadilan” dapat direalisasikan.

Justeru, kerja penting yang sedang dilakukan ini adalah suatu tanggungjawab besar demi keseragaman pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on September 23, 2022

Kalendar JKSM

Week of May 8th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
May 6, 2024 May 7, 2024 May 8, 2024 May 9, 2024 May 10, 2024 May 11, 2024 May 12, 2024