MAJLIS PERASMIAN MUZAKARAH PEGAWAI DAN KAKITANGAN BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022

15 Jun 2022 | Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah menganjurkan Muzakarah Pegawai dan Kakitangan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Seluruh Malaysia bermula pada 14 hingga 16 Jun 2022 bertempat di Ancasa Residences Port Dickson Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM.

Penganjuran muzakarah ini adalah bertujuan untuk mewujudkan kesepakatan dan penyeragaman urusan pentadbiran dan kewangan BSK serta membincangkan secara khusus berkaitan dengan prosiding hiwalah rentetan pewartaan pindaan perintah terhadap 3 Akta Perkhidmatan Kewangan.

Dalam Muzakarah ini turut diadakan ceramah berkaitan dengan Prosiding Garnisan di Mahkamah Sivil oleh Tuan Mohd Hirman bin Ab Raub (Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Klang, Selangor) dan Latihan Dalam Kumpulan mengenai prosiding Hiwalah di Mahkamah Syariah yang dipimpin oleh Tuan Mohd Zakian bin Dio (Pengarah Kanan (Kehakiman), JKSM). Muzakarah kali ini turut mengadakan acara _telematch_ bagi mengeratkan hubungan dan semangat setiakawan di antara pegawai dan kakitangan BSK.

Untuk rekod, Muzakarah ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM, Tuan Mohd Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK JKSM, Puan Maimun binti Mohd, Ketua Penolong Pengarah BSK JKSM, pegawai dan kakitangan BSK Seluruh Malaysia seramai 55 orang.

Diharap agar program ini dapat melicinkan lagi urusan pentadbiran BSK dan juga tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah khususnya bagi permohonan Hiwalah di Mahkamah Syariah.

Last Updated on June 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in January 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
December 26, 2022 December 27, 2022 December 28, 2022 December 29, 2022 December 30, 2022 December 31, 2022 January 1, 2023
January 2, 2023 January 3, 2023 January 4, 2023(1 event) January 5, 2023 January 6, 2023 January 7, 2023 January 8, 2023
January 9, 2023 January 10, 2023(1 event) January 11, 2023 January 12, 2023 January 13, 2023 January 14, 2023 January 15, 2023
January 16, 2023 January 17, 2023(1 event) January 18, 2023(3 events) January 19, 2023(3 events) January 20, 2023 January 21, 2023 January 22, 2023
January 23, 2023 January 24, 2023 January 25, 2023 January 26, 2023 January 27, 2023 January 28, 2023 January 29, 2023
January 30, 2023(1 event) January 31, 2023(1 event) February 1, 2023 February 2, 2023 February 3, 2023 February 4, 2023 February 5, 2023