MAJLIS PERASMIAN PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT) JURUCAKAP KELUARGA MALAYSIA KELUARGA SEJAHTERA (KMKS)

01 Jun 2022| YAA Dato Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM telah menghadiri Majlis Perasmian Program Training of Trainers (TOT) Jurucakap Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera (KMKS) bagi agensi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertempat di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi penjelasan kepada Pasukan Komunikasi KMKS di semua agensi di bawah YB Senator Datuk Haji Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Majlis malam ini turut menyaksikan penyerahan sijil penghargaan kepada jurucakap KMKS JKSM yang dilantik di mana sijil tersebut telah diserahkan oleh YB Menteri kepada YAA Dato’ Setia Dr. selaku ketua jabatan.

Untuk rekod, tiga orang pegawai JKSM telah dilantik sebagai jurucakap KMKS iaitu Puan Roziana binti Mat Amin (Ketua Unit Komunikasi Korporat JKSM), Tuan Shaiful Azli bin Jamaludin (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dasar dan Penyelidikan JKSM) dan Puan Haslinda binti Harun (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan JKSM).

Last Updated on June 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024