MAJLIS TAKLIMAT SOP HUKUMAN SEBATAN LUAR PENJARA & GARIS PANDUAN PERINTAH KEHADIRAN WAJIB (PKW) BAGI PESALAH SYARIAH SIRI 3 ZON SELATAN

14 Mac 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini telah mengadakan Siri ketiga Majlis Taklimat SOP Hukuman Sebatan Luar Penjara & Garis Panduan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) bagi Pesalah Syariah Zon Selatan bertempat di The Plam Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YAA Dato’ Abas bin Nordin, Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan yang juga merupakan penganjur bersama di dalam majlis hari ini.

Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan perasmian oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM yang merakamkan penghargaan kepada YAA Dato’ Abas atas kesudian menjadi tuan rumah serta penghargaan kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia dan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang telah sudi memberikan pelepasan kepada pegawai-pegawai kanan mereka untuk hadir di majlis bagi berkongsi ilmu dan pengalaman kepada para peserta.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., majlis taklimat ini adalah siri ketiga yang dirancang oleh JKSM dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/ Mahkamah Syariah Negeri dan didukung bersama oleh Jabatan Penjara Malaysia yang mana siri pertama telah diadakan pada 21/2/2022 yang melibatkan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan manakala siri kedua diadakan di Pulau Pinang pada 25 Februari 2022 yang lalu.

Taklimat ini bertujuan memastikan wujudnya koordinasi dan kerjasama padu antara Mahkamah Syariah di Negeri dan Daerah dengan Pejabat Pengarah Penjara Negeri dan Pejabat Parol Daerah selain medan bagi bertukar-tukar pandangan dan mengenali antara satu sama lain bagi memudahkan urusan pelaksanaan kedua-dua SOP dan Garis Panduan tersebut selepas ini.

Tambah YAA Dato’ Setia Dr., program selama sehari ini diisi dengan taklimat daripada Pegawai Kanan JKSM, Pegawai Kanan Penjara dan Majistret negeri Melaka yang mana pegawai-pegawai ini terlibat secara langsung di dalam jawatankuasa penggubalan kedua-dua buku serta terlibat di dalam melaksanakan SOP Sebatan dan PKW.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. sekali lagi merakamkan penghargaan kepada kepada YAA Dato KHS Negeri Sembilan, YAA Datuk KHS Melaka dan ketua-ketua jabatan termasuklah Pengarah penjara negeri yang sudi memberikan kebenaran kepada para pegawai berkenaan untuk menghadiri majlis taklimat hari ini.

Untuk rekod, majlis taklimat ini dihadiri oleh Pengarah Penjara Negeri-negeri, Hakim-Hakim Mahkamah Syariah, Ketua-ketua Pendaftar, Pendakwa Syarie dan pegawai kanan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Last Updated on March 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in August 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
August 1, 2022(1 event) August 2, 2022 August 3, 2022 August 4, 2022 August 5, 2022 August 6, 2022 August 7, 2022
August 8, 2022 August 9, 2022(1 event) August 10, 2022(1 event) August 11, 2022 August 12, 2022(2 events) August 13, 2022 August 14, 2022
August 15, 2022(1 event) August 16, 2022 August 17, 2022 August 18, 2022 August 19, 2022(1 event) August 20, 2022 August 21, 2022
August 22, 2022(2 events) August 23, 2022(2 events) August 24, 2022(1 event) August 25, 2022 August 26, 2022(1 event) August 27, 2022 August 28, 2022
August 29, 2022(1 event) August 30, 2022(1 event) August 31, 2022 September 1, 2022 September 2, 2022 September 3, 2022 September 4, 2022