MAKMAL OPEN SOURCE INTELLIGENCE (OSINT)

17 OGOS 2022 (CYBERJAYA) – Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menganjurkan Makmal Open Source Intelligence (OSINT) Tahun 2022 pada hari ini di Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (IPNCPD) Cyberjaya.

Makmal ini diadakan dengan objektif untuk memberikan pendedahan kepada para pegawai BSK berkaitan dengan teknik asas risikan menggunakan sumber terbuka di internet. Penceramah yang dijemput daripada SKMM telah memberikan panduan dan teknik dalam melaksanakan risikan kepada pegawai BSK termasuk sesi uji cuba bagi memberikan pengalaman terhadap teknik risikan.

Makmal ini turut dihadiri oleh Puan Maria binti Jilani, Pengarah BSK bagi menyampaikan ucapan alu-aluan di samping mengambil peluang untuk bersama-sama dengan para peserta mempelajari teknik risikan maklumat.

Untuk rekod, kerjasama BSK JKSM dengan SKMM telah dimulakan sejak tahun 2017 lagi. Dengan bantuan pihak SKMM, BSK telah diberikan panduan dan kaedah untuk melaksanakan pengesanan maklumat dalam mengesan penghutang penghakiman.

Semoga teknik yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan oleh para pegawai BSK dalam menjalankan fungsi penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah dan mut’ah serta dapat meningkatkan tahap professionalisme para Pegawai BSK. Pihak BSK JKSM juga merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak IPNCPD Cyberjaya dan SKMM atas kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan Makmal OSINT Tahun 2022.

Last Updated on August 17, 2022

Kalendar JKSM

March 28, 2024