MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK PERSIDANGAN PEGAWAI SYARIAH SELURUH MALAYSIA TAHUN 2022

1 September 2022: Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM hari ini telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) Tahun 2022 secara atas talian yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan gerak kerja awal bagi penganjuran PPSSM 2022 yang merupakan program berskala besar yang menghimpunkan pegawai syariah seluruh negara yang dijadual diadakan pada penghujung bulan Oktober 2022.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluan mengharapkan komitmen tinggi daripada barisan urusetia yang bakal dilantik bagi menjayakan persidangan PPSSM kali ini yang bertemakan Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif (PPA) di mana ianya merupakan kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan pertikaian tanpa perlu kepada prosiding mahkamah.

Selain itu, bagi menyahut seruan kerajaan agar setiap jabatan melaksanakan perbelanjaan berhemah, persidangan kali ini bakal digabungkan dengan Persidangan Ketua-Ketua Hakim Syarie dan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Arahan Amalan di mana lokasi yang dicadangkan adalah The Pearl Hotel, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, JKSM telah berjaya menganjurkan Persidangan Kehakiman Syariah Nusantara (PKPSN) pada tahun 2020 dan Persidangan Kehakiman Antarabangsa (PKA) pada tahun 2021 manakala tahun ini bakal dianjurkan kembali Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia (PPSSM) yang kali terakhir diadakan pada tahun 2018.

Antara ahli mesyuarat yang turut hadir adalah Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz (Ketua Pendaftar JKSM), Tuan Mohamad Zakian bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman), Puan Azlina binti Abdul Aziz (Pengarah Kanan Pengurusan JKSM), Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua Unit JKSM serta pegawai-pegawai kanan JKSM.

Last Updated on September 2, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024