MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN 25 TAHUN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)

4 JULAI 2022 | Seksyen Rekod, Bahagian Pendaftaran, Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) bersama Unit Komunikasi dan Korporat (UKK), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada hari ini telah mengadakan Mesyuarat Induk Sambutan 25 Tahun JKSM bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) Aras 5 JKSM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Naim Bin Haji Mokhtar , Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM manakala ahli mesyuarat terdiri daripada YA Hakim-hakim Rayuan Syariah, Pengarah Kanan Pengurusan, Pengarah Kanan Kehakiman, Pengarah-pengarah Bahagian dan ahli-ahli lain yang dilantik.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluan menjelaskan antara tujuan Sambutan 25 Tahun JKSM ini diadakan adalah untuk memperingati dan mengimbas kembali segala sumbangan yang telah diberikan oleh pemimpin-pemimpin JKSM yang terdahulu termasuk segala usaha yang dilakukan kearah penubuhan JKSM.

Di samping itu sambutan ini adalah salah satu usaha mendokumentasikan, mengumpul dan menyusun segala bahan-bahan yang boleh dijadikan sebagai bahan-bahan rujukan sepanjang 25 tahun penubuhan JKSM selain mengetengahkan fungsi JKSM sebagai agensi Penyelarasan dan penyeragaman sistem kehakiman dan perundangan Syariah melalui usaha yang berterusan iaitu sejak awal penubuhannya sehingga sekarang.

Menurut YAA Dato’ Setia Dr., program dan aktiviti sambutan 25 tahun yang bakal diadakan kelak bertujuan mendekatkan orang awam dengan jabatan seterusnya memberi maklumat evolusi yang telah dilalui sepanjang tempoh 25 tahun termasuklah pertandingan mencipta logo sempena 25 tahun JKSM.

Last Updated on July 4, 2022

Kalendar JKSM

Events in July 2022

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
June 27, 2022(2 events) June 28, 2022(1 event) June 29, 2022 June 30, 2022 July 1, 2022(2 events) July 2, 2022 July 3, 2022
July 4, 2022(1 event) July 5, 2022 July 6, 2022 July 7, 2022 July 8, 2022 July 9, 2022 July 10, 2022
July 11, 2022 July 12, 2022 July 13, 2022 July 14, 2022 July 15, 2022(1 event) July 16, 2022 July 17, 2022
July 18, 2022(1 event) July 19, 2022 July 20, 2022 July 21, 2022 July 22, 2022 July 23, 2022 July 24, 2022
July 25, 2022 July 26, 2022 July 27, 2022(1 event) July 28, 2022(1 event) July 29, 2022(2 events) July 30, 2022 July 31, 2022