MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA BAHAGIAN SOKONGAN KELUARGA (BSK) BIL. 1 Tahun 2022

2 JUN 2022 (PUTRAJAYA) – YAA Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja BSK Bil. 1 Tahun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan alu-aluannya telah memaklumkan perkembangan terkini dan kejayaan yang telah dicapai oleh BSK sepanjang tahun 2021. Turut dikongsikan berkaitan dengan pindaan undang-undang bagi mengiktiraf perintah hiwalah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah ke atas akaun bank penghutang penghakiman yang culas dalam pembayaran nafkah.

Mesyuarat dibentangkan kertas makluman berhubung dengan pandangan undang-undang daripada Jabatan Peguam Negara, kertas cadangan peluasan bidang kuasa BSK serta kertas cadangan kajian pengurusan dana.

Untuk rekod, Jawatankuasa Kerja BSK JKSM dianggotai oleh ahli akademik daripada pelbagai bidang kepakaran dan pengamal undang-undang dengan pengalaman luas yang dilantik bagi memberi panduan kepada gerak kerja BSK.

Last Updated on June 2, 2022

Kalendar JKSM

Week of Jan 2nd

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
January 1, 2024 January 2, 2024 January 3, 2024 January 4, 2024(1 event) January 5, 2024 January 6, 2024 January 7, 2024