MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PEMBINAAN ARAHAN AMALAN 2022 BIL. 1 TAHUN 2022 SECARA HYBRID JKSM

1 APRIL 2022- Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembinaan Arahan Amalan 2022 Bil. 1 Tahun 2022 secara hybrid (fizikal dan maya) bertempat di Aras 2, Bilik Mesyuarat Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM yang dipengerusikan oleh YA Dato’ Haji Mohd Amran Mohd Zain, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM.

Mesyuarat yang kali pertama diadakan hari ini bertujuan untuk membincang, menyemak, menerima apa-apa cadangan daripada pelbagai pihak serta mencadangkan apa-apa tajuk yang sesuai untuk dijadikan arahan amalan khususnya untuk tahun 2022. Disamping itu, mesyuarat ini juga memberi tumpuan utama kepada;

1.1. Mengenalpasti cadangan-cadangan daripada negeri-negeri mahupun agensi;

1.2. Meneruskan kajian terhadap kertas konsep yang pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja tahun 2021; dan

1.3. Melaksanakan apa-apa tindakan hasil keputusan Jawatankuasa Induk Arahan Amalan Tahun 2022 yang telah bersidang pada 26-27 Oktober 2021 yang lalu.

Untuk makluman sebanyak 236 arahan amalan telah diwujudkan di Mahkamah Syariah mulai tahun 2000-2021 iaitu mengambil kira 42 buah arahan amalan yang telah dibatalkan dan hanya terdapat 194 arahan amalan yang masih berkuatkuasa sehingga kini.

Selanjutnya, YA Dato’ Haji Mohd Amran Mohd Zain turut mencadangkan agar setiap seorang daripada ahli mesyuarat yang hadir diberi tanggungjawab untuk menyediakan kertas konsep atau membantu mengemaskini kertas konsep tersebut secara berkumpulan yang akan dibincangkan bersama secara terperinci di dalam siri mesyuarat yang akan datang. Sebanyak 22 tajuk telah dicadangkan untuk diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan Tahun 2022.

Untuk rekod mesyuarat yang diadakan secara fizikal dan maya (hybrid) ini turut dihadiri Tuan Mohamad Zakian bin Dio, Pengarah Kanan (Kehakiman) JKSM, YA Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Tuan Abu Suffian Abu Yaziz, Pengarah BPKR, Tuan Puan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM, Tuan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Puan Harizan Binti Hamzah, Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Sarawak, Wakil Presiden Persatuan Peguam Syarie Negeri Sabah dan pegawai-pegawai lain yang dilantik.

Last Updated on April 1, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2023

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 27, 2023(1 event) March 28, 2023 March 29, 2023 March 30, 2023(3 events) March 31, 2023(2 events) April 1, 2023 April 2, 2023
April 3, 2023 April 4, 2023 April 5, 2023 April 6, 2023(1 event) April 7, 2023 April 8, 2023 April 9, 2023
April 10, 2023(1 event) April 11, 2023 April 12, 2023 April 13, 2023(2 events) April 14, 2023(1 event) April 15, 2023 April 16, 2023
April 17, 2023 April 18, 2023(2 events) April 19, 2023(1 event) April 20, 2023 April 21, 2023 April 22, 2023 April 23, 2023
April 24, 2023 April 25, 2023 April 26, 2023 April 27, 2023 April 28, 2023 April 29, 2023 April 30, 2023