MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA WACANA KEHAKIMAN SYARIAH TAHUN 2023

Putrajaya, 17 Januari 2023| Pengarah BPKR, Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Wacana Kehakiman Syariah Malaysia Bil. 1 Tahun 2003.

Dalam ucapan aluannya beliau telah menyentuh berkaitan perubahan tarikh Wacana yang telah dipinda dari tarikh asal sebagaimana dalam takwim JKSM, iaitu pada 8 Februari kepada 22-23 Februari 2023 akan datang.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Pengarah-pengarah Bahagian JKSM dan semua ahli jawatankuasa yang dilantik telah membincangkan beberapa perkara yang berbangkit dengan penganjuran Wacana.

Antara yang dibincangkan ialah pembahagian tugas berdasarkan senarai jawatankuasa yang dicadangkan dan juga cadangan kertas kerja yang akan dibentangkan dalam Wacana tersebut.

Dalam ucapan penutupnya, Tuan Abu Suffian amat mengharapkan agar semua pihak akan turut sama dalam menjayakan Wacana Kehakiman Syariah Tahun 2023 ini dengan penuh iltizam kerana ianya merupakan antara program besar jabatan pada setiap tahun.

Last Updated on January 17, 2023

Kalendar JKSM

Week of Mar 20th

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024