MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK TRANSFORMASI E-SYARIAH VERSI 3 KALI KE-4 BIL 3/2022

13 Oktober 2022 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM hari ini telah mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Kali ke-4 Bilangan 3 Tahun 2022 bertempat di Level 1, Selangor Room, Putrajaya Marriott Hotel, IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM ini diadakan bertujuan meneliti status semasa pelaksanaan projek oleh Pengurusan Projek JKSM serta membincangkan isu-isu serta perkara-perkara teknikal dan pembayaran.

YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya mengharapkan Jawatankuasa di bawah kelolaan YA Dato’ Mohamad Shakir Bin Haji Abdul Hamid untuk memantau selia pelaksanaan projek dengan dekat di samping menyelesaikan isu-isu teknikal melibatkan bidang perundangan dan kehakiman syariah agar sistem e-Syariah adalah relevan dan terpandu mengikut proses kerja dan norma pengurusan kes yang betul dan tepat.

Sesi hari ini memfokuskan berkenaan meneliti status semasa pelaksanaan projek oleh Pengurusan Projek JKSM serta mengesah cadangan proses/fungsi yang akan dibentangkan oleh pihak SAINS Sarawak bagi perakuan pelaksanaan projek; dan mengesah aktiviti pelaksanaan projek oleh pihak SAINS Sarawak bagi perakuan pembayaran.

YAA Dato’ Setia Dr. menarik perhatian ahli mesyuarat melibatkan lawatan mengejut di MRS Sepang semasa Fasa Go-Live di lokasi pilot. Secara umum maklum balas pengguna terhadap sistem baharu adalah lebih pantas dan lancar berbanding sistem sedia ada namun memerlukan sedikit masa untuk memahirkan penggunaan terhadap persekitaran baharu sistem tersebut.

Untuk rekod, status semasa kemajuan pelaksanaan projek yang dilapor setakat hari ini iaitu 7 Oktober 2022 adalah sebanyak 98.80% berbanding unjuran 98.10% dengan varian sebanyak +0.7%.

Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengurusan Projek JKSM serta SAINS kerana sentiasa berusaha secara kolektif dalam memastikan jurang varian yang wujud seawal Oktober 2021 dapat dikecilkan secara berperingkat. Beliau berharap agar pemilik projek iaitu Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod dengan dibantu oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta SAINS Sarawak akan menggunakan tempoh jaminan kualiti yang akan bermula Januari 2023 untuk memantau prestasi sistem, membuat pembaikan terhadap fungsi sistem yang bermasalah dan menyemak silang keperluan dan rekabentuk di dalam dokumen-dokumen yang telah dimuktamad kerana hal ini amat penting dalam memastikan sistem tersedia berdasarkan keperluan semasa serta turut tersedia untuk fasa peluasan kelak.

Beliau berharap agar pasukan projek JKSM dan SAINS Sarawak kekal fokus serta komited dalam memastikan pelasanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dalam perbatuan projek dapat dipatuhi serta berjaya dilaksana.

Turut hadir adalah Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan JKSM, YAA Datuk Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Negeri Melaka, YAA Dato’ Ketua Hakim Syarie Negeri Sembilan, Pengarah-Pengarah Bahagian, Pengurusan Projek SAINS Sarawak, Pasukan Projek JKSM dan SAINS Sarawak dan Pasukan Perundingan ICT MAMPU.

Last Updated on October 14, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024