MESYUARAT KETUA-KETUA PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH SELURUH MALAYSIA KALI KE-73 BILANGAN 2 TAHUN 2022

PUTRAJAYA, 31 Mei – 1 Jun 2022: Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Mesyuarat Ketua-Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia Kali Ke-73 Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Hillview Ballroom Level 3, Pulse Grande Hotel, Putrajaya.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Nassir bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM dan dihadiri oleh Ketua-ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Seluruh Malaysia, Pengarah-pengarah Kanan,Pengarah-pengarah Bahagian, ketua Unit JKSM dan wakil agensi dari Jabatan Peguam Negara, Jabatan Bantuan Guaman serta Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Pada mesyuarat pada kali ini, Enam kertas kerja / makluman telah dibentangkan iaitu :

  1. Kertas Cadangan Penubuhan Pasukan Pakar Bidang Khusus Subject Matter Expert (SME) di JKSN/MSN.
  2. Kertas Cadangan Pindaan Arahan Amalan No. 6, Tahun 2004 berkaitan Kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Syariah) Biro Bantuan Guaman, Ketua Pendakwa Syarie dan Ketua Pendaftar Semasa Prosiding Rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah.
  3. Kertas Makluman Inspektorat Pengurusan Rekod JKSN/MSN 2022.
  4. Kertas Makluman Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kes Perceraian di JKSN/MSN Tahun 2022.
  5. Kertas Cadangan Perkhidmatan Pendigitalan Kewangan bagi Wang Denda, Wang Deposit atau Jaminan serta Lain-lain Hasil.
  6. Kertas Cadangan Model Perjawatan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri/Mahkamah Syariah Negeri Berasaskan Peningkatan Mahkamah Kepada Empat Peringkat.

Semoga mesyuarat ketua-ketua Pendaftar mahkamah syariah seluruh Malaysia ini menjadi medium dan platform perbincangan dan percambahan idea kearah keselarasan dan penyeragaman institusi kehakiman syariah di Malaysia.

Last Updated on May 31, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024