Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bilangan 4 Tahun 2022

15 November 2022 – 11.00 pagi | YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Bilangan 4 Tahun 2022 pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), JKSM.

Mesyuarat bermula sejurus ketibaan YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM pada jam 11.00 pagi. Mesyuarat ini dihadiri oleh para Hakim Rayuan, Ketua Hakim Seksyen Negeri dan Mahkamah Syariah, pegawai Jabatan Kader, pegawai kanan JKSM yang terdiri daripada Ketua Pendaftar, Pengarah Kanan (Pengurusan) Pengarah Kanan (Kehakiman), Pengarah-pengarah Bahagian dan Ketua-ketua Unit di JKSM.

YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM seterusnya menyampaikan ucapan aluan dan memaklumkan bahawa mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pengurusan jabatan/ agensi dalam memperkasa institusi perundangan dan kehakiman Syariah di negara ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM), para pegawai dan kakitangan JKSM serta semua jabatan/agensi dan yang telah memberikan kerjasama di dalam penganjuran program Persidangan Pegawai Syariah Seluruh Malaysia Tahun 2022 yang telah diadakan di Hotel The Pearl, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Oktober 2022 yang lalu.

YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM seterusnya meneruskan perbincangan dengan maklum balas bagi perkara-perkara berbangkit di dalam pengurusan bagi setiap Bahagian dan pembentangan laporan bagi setiap Jabatan Kader iaitu Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSN Sabah), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENSWP), Jabatan Bantuan Guaman(JBG) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi tahun 2022.

Selaku Ketua Jabatan, YAA Dato’ Setia Dr. memohon ahli mesyuarat untuk mengambil tindakan atas perkara-perkara yang telah dibincangkan bagi memastikan keseluruhan pengurusan Jabatan pada tahun 2022 ini berjalan dengan lancar. Mesyuarat tamat pada jam 1.00 tengah hari.

Last Updated on November 15, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024