MESYUARAT PENGURUSAN & PENYELARASAN KES RAYUAN BERSAMA HAKIM RAYUAN SYARIAH JKSM & KETUA-KETUA PENDAFTAR JKSN/MSN BIL. 1/2022

11 Mac 2022 | Satu Mesyuarat Pengurusan & Penyelarasan Kes Rayuan Bersama Hakim Rayuan Syariah JKSM & Ketua-Ketua Pendaftar JKSN/MSN telah diadakan hari ini bertempat di Hotel Bahang Bay, Georgetown, Pulau Pinang.

Mesyuarat anjuran Seksyen Rayuan, BPKR JKSM ini telah dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan kes-kes rayuan syariah.

Terlebih dahulu, YAA Dato’ Setia Dr. dalam ucapan aluannya telah mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat dan memaklumkan bahawa mesyuarat ini dianjurkan sebagai medium perbincangan dan pentas bagi Hakim-Hakim Rayuan, Ketua-ketua Pendaftar dan ahli-ahli mesyuarat bertukar-tukar pandangan, sekaligus mencadangkan penambahbaikan terutama di dalam memastikan pengurusan dan pengendalian kes-kes rayuan di negeri-negeri berjalan lancar.

YAA Dato’ Setia Dr. turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada YAA KHS JKSN/ MSN atas kerjasama bagi memastikan pengurusan rayuan daripada pendaftaran kes, mobiliti fail kes ke JKSM sehinggalah layanan (hospitaliti) JKSN/ MSN kepada team rayuan JKSM ketika mendengar kes di negeri-negeri.

Menurut beliau, fungsi utama penubuhan JKSM adalah mengendali kes-kes Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia dan sehingga bulan Mac 2022, sebanyak 9 buah negeri telah melantik dan mentauliahkan Hakim-Hakim Rayuan JKSM sebagai Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri-Negeri, iaitu Penang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Perlis dan Perak.

Dengan perlantikan Hakim Rayuan JKSM di negeri-negeri, JKSM menawarkan pengalaman dan pengetahuan Hakim Rayuan JKSM dan pasukannya yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Penyelidik (Pegawai Syariah yang kanan) di dalam mengendalikan kes-kes rayuan Syariah.

Perkhidmatan yang ditawarkan juga meliputi peruntukan bagi semua emolument antaranya, elaun hadir mesyuarat, elaun penginapan, elaun perjalanan dan apa-apa elaun yang berkaitan, di mana JKSM menanggung sepenuhnya perkara-perkara tersebut.

Justeru selaku badan penyelarasan perundangan syariah, JKSM senantiasa mengalu-alukan semua negeri melantik Hakim-Hakim Rayuan JKSM sebagai panel Mahkamah Rayuan di negeri-negeri.

Di akhir ucapan, YAA Dato’ Setia Dr. turut mengharapkan kerjasama semua untuk menggembleng tenaga dan usaha secara berterusan dalam menyantuni pelanggan dan golongan sasar yang memerlukan pengurusan keadilan Syariah yang adil dan saksama.

Last Updated on March 11, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024 April 2, 2024 April 3, 2024 April 4, 2024 April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024 April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024 April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024 April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024