MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA DI ANTARA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA

3 Jun 2022 | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bersama di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut di pengerusikan oleh YBhg SAC Tuan Haji Ghazali bin Hj Daud Pemangku Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala delegasi JKSM pula diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Haji Abdul Aziz Ketua Pendaftar JKSM.

Perbincangan hari ini menjurus kepada beberapa persoalan yang perlu bagi tujuan penyelarasan terutama bagi kes-kes di Mahkamah Syariah yang melibatkan anggota PDRM dan antara isu yang akan dibincangkan adalah berkaitan Amalan Arahan Amalan No. 2 Tahun 2007 iaitu berkaitan dengan Permohonan Kebenaran Berpoligami Bagi Anggota Polis dan Tentera.

Tuan Pengerusi merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas kesudian pihak JKSM hadir ke Bukit Aman bagi menyelesaikan beberapa isu kes Syariah yang melibatkan anggota PDRM dan berharap kerjasama seumpama ini akan berkekalan dan memberi manfaat kepada semua sama di pihak PDRM mahupun JKSM dan JKSN mahupun MSN.

Di dalam ucapan balas, tuan Ketua Pendaftar JKSM turut merakamkan ucapan penghargaan dan perbincangan ini penting bagi tujuan penyelarasan dan penyeragaman.

Perbincangan ini dihadiri oleh beberapa Pegawai atasan PDRM manakala di pihak JKSM turut dihadiri oleh Tuan Zakian bin Dio (Pengarah Kanan Kehakiman JKSM), Tuan Abu Suffian bin Abu Yaziz (Pengarah Bahagian Pendaftaran Keurusetiaan dan Rekod (BPKR) JKSM) dan Tuan Muhammad Yusro bin Borhan Nordin (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Rayuan BPKR).

Dalam pada itu, YBhg SAC Tuan Haji Ghazali bin Hj Daud, Pemangku Timbalan Pengarah Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendapat bahawa perbincangan pada hari ini memberikan keputusan yang sangat positif selain memberikan input penting berkaitan dengan undang-undang keluarga Islam selain penjelasan berkaitan ketetapan Hukum Syarak.

Di antara perkara yang telah dipersetujui adalah berkaitan keperluan untuk penyediaan arahan amalan bagi permohonan poligami dan permohonan pengesahan pernikahan poligami yang melibatkan anggota PDRM.

Last Updated on June 3, 2022

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024