MESYUARAT PENYELARASAN PENTADBIRAN JABATAN (MPPJ) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2022

22 NOVEMBER 2022, 9.30 PAGI | YAA Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar, Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pentadbiran Jabatan (MPPJ) Bilangan 5 tahun 2022 pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JKSM.

Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (BKPSM) JKSM telah dimulakan dengan perutusan oleh YAA Dato’ Setia Dr yang mengambil kesempatan ini untuk menekankan prinsip sebagai penjawat awam sebagaimana yang telah ditegaskan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Bin Ali, Ketua Setiausaha

Negara (KSN) menerusi kenyataan media beliau pada 20 November 2022

(Ahad) berhubung komitmen perkhidmatan awam dengan menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan pembentukan Kerajaan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 bahawa Anggota Perkhidmatan Awam perlu terus komited

mendukung konsep _neutrality_ dan _government of the day_ berlandaskan

rule of law.

_”Oleh itu anggota Perkhidmatan Awam akan terus menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh”_ ujar YAA Dato’ Setia Dr dalam perutusannya untuk memastikan warga kerja JKSM akan sentiasa bersiap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar Perkhidmatan Awam demi kelangsungan perkhidmatan kehakiman syariah kepada masyarakat.

YAA Dato’ Setia Dr yg turut mengingatkan bahawa tahun 2023 bakal menjadi tahun yang mencabar kepada ekonomi Malaysia sebagaimana jangkaan daripada Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melihatkan kepada situasi semasa isu-isu peringkat antarabangsa. Justeru, Dato’ Setia Dr meminta untuk barisan Pengurusan tertinggi serta Pengarah-pengarah Bahagian untuk sentiasa mengambil tahu dan cakna akan keadaan kakitangan di bahagian masing-masing sekiranya ada yang mengalami masalah kewangan untuk sama-sama dibantu sekaligus memotivasikan seluruh anggota JKSM untuk sentiasa bersedia dan gembira hadir ke pejabat.

Mesyuarat ini berperanan penting untuk memastikan penyelarasan pentadbiran JKSM turut dihadiri oleh Pengurusan tertinggi JKSM, Pengarah-pengarah Bahagian JKSM dan Pegawai Pentadbir Bahagian JKSM selesai sepenuhnya jam 12.00 tengahari.

Last Updated on November 22, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024