MESYUARAT PERMULAAN PROJEK (KICK-OFF) PROJEK TRANSFORMASI e-SYARIAH

9 Ogos 2021 | Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) JKSM pagi ini telah menganjurkan Mesyuarat Permulaan Projek (Kick-Off) bagi Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 (eSV3) secara dalam talian menggunakan aplikasi Webex Meetings.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9 pagi ini dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Hakim Syarie/Ketua Pengarah JKSM yang mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat terutama kepada wakil syarikat SAINS Sarawak yang dilantik bagi membina projek transformasi eSV3 tersebut.

Dalan ucapan aluannya, YAA Dato’ Setia Dr. mengharapkan agar Projek Transformasi e-Syariah Versi 3 ini yang bermula pada 19 Julai 2021 dapat disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan bagi melancarkan sistem pengurusan kes di mahkamah-mahkamah syariah seluruh Malaysia.

Untuk makluman, objektif projek transformasi ini adalah bagi menambah baik fungsi-fungsi sedia ada mengikut spesifikasi sistem, mengendalikan transformasi dan inovasi proses kerja mahkamah kepada sistem digital serta memastikan operasi di mahkamah syariah berjalan dengan lancar dan cekap.

Projek ini merangkumi pembinaan 17 modul termasuk fungsi Sistem Pengurusan Kes Mahkamah Syariah (SPKMS), Fungsi Pendaftaran Peguam Syarie (SPPS), Fungsi Nafkah, Pelaporan Statistik, Fungis KPI dan Aplikasi Mobile yang dijangka siap pada bulan Januari 2023.

Turut hadir dalam mesyuarat hari ini adalah Hakim-hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM, Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka, Ketua Hakim Syarie Selangor, Ketua Pendaftar JKSM, Pengarah Kanan Pengurusan JKSM, Pegawai Kanan JKSM, Wakil SAINS Sarawak dan Wakil MSWP.

Last Updated on December 22, 2021

Kalendar JKSM

Events in April 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
April 1, 2024(2 events) April 2, 2024(1 event) April 3, 2024 April 4, 2024(1 event) April 5, 2024 April 6, 2024 April 7, 2024
April 8, 2024 April 9, 2024 April 10, 2024 April 11, 2024 April 12, 2024 April 13, 2024 April 14, 2024
April 15, 2024 April 16, 2024 April 17, 2024 April 18, 2024 April 19, 2024(1 event) April 20, 2024 April 21, 2024
April 22, 2024 April 23, 2024(2 events) April 24, 2024 April 25, 2024 April 26, 2024 April 27, 2024 April 28, 2024
April 29, 2024(2 events) April 30, 2024 May 1, 2024 May 2, 2024 May 3, 2024 May 4, 2024 May 5, 2024