MESYUARAT PERSATUAN IKATAN KUMPULAN SOKONGAN SYARIAH MALAYSIA (IKSYAM) BIL.2/2022

24 November 2022 | Persatuan Ikatan Kumpulan Sokongan Syariah Malaysia (IKSYAM) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Bil.2/2022. Mesyuarat ini diadakan bagi mengatur usaha dan merangka program selepas persatuan berjaya didaftarkan sebagai pertubuhan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).Ucaptama mesyuarat pada hari ini telah disampaikan oleh YAA Dato’ Setia Hj. Mohd Naim bin Hj, Mokhtar, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM yang juga merangkap Penaung IKSYAM.

Dalam ucapannya, YAA Dato’ telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada saf kepimpinan AJK Penaja IKSYAM yang telah berusaha sehingga berjaya menubuhkan sebuah persatuan yang mewakili kumpulan pelaksana Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah di seluruh Malaysia. Perkara ini juga merupakan suatu sejarah dalam institusi kehakiman syariah di Malaysia di mana sebuah persatuan dapat didaftarkan yang akan menggabungkan para Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah di seluruh Malaysia.

YAA Dato’ juga mengulangi iltizam bahawa JKSM akan sentiasa menyokong usaha murni yang dilakukan IKSYAM untuk kebaikan kumpulan Pelaksana Syariah di seluruh Malaysia. Kebaikan yang terhasil hanya akan dapat dapat dicapai dengan kerjasama semua pihak tidak kira apapun pangkat dan jawatan dalam jabatan. YAA Dato’ juga mengingatkan bahawa keperluan menyatukan kumpulan sokongan ini adalah semata-mata untuk menjaga kebajikan semua Pegawai Sokongan Syariah di seluruh Malaysia. Usaha dan gerak kerja IKSYAM adalah ladang untuk semua pihak terutamanya Kumpulan Pelaksana mengambil peluang ini berusaha mengumpulkan pahala. Tugas yang dilakukan untuk menjaga kebajikan dan pembangunan kerjaya sesama Pegawai Pelaksana adalah ladang pahala yang memberikan manfaat buat ummat.

Selain itu, persatuan ini juga boleh menjadi medan untuk saluran idea dan perancangan pembangunan kerjaya Pembantu Syariah dan Penolong Pegawai Syariah yang merupakan aset penting Jabatan ini. Semua aktiviti dan gerak kerja, termasuklah Seminar dan Persidangan Khas buat Pelaksana Syariah boleh dijalankan melalui aktiviti persatuan ini. YAA Dato mengharapkan agar IKSYAM dapat bergerak dengan semangat kerja berpasukan dalam menjalankan aktiviti kebajikan dan pembangunan kerjaya Pelaksana Syariah di seluruh Malaysia.

Turut hadir dalam Mesyuarat IKSYAM Bil. 2/2022 ini adalah Encik Anas bin Jamaluddin (Presiden Penaja IKSYAM), Puan Hariani binti Mohamad (Naib Presiden Penaja IKSYAM), Cik Haziqah Husnina binti Hosin (Setiausaha Penaja IKSYAM) dan Puan Juhaida binti Omar (Bendahari Penaja IKSYAM dan semua AJK yang hadir seramai 9 orang. Untuk rekod, IKSYAM kini sedang merancang untuk mengadakan Mesyuarat Agung Kali Pertama yang akan dihadiri oleh semua Penolong Pegawai Syariah dan Pembantu Syariah seluruh Malaysia.

Last Updated on November 24, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024(2 events) February 27, 2024(1 event) February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024(1 event) March 15, 2024(1 event) March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024(1 event) March 19, 2024 March 20, 2024(1 event) March 21, 2024 March 22, 2024(1 event) March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024(2 events) March 26, 2024(1 event) March 27, 2024(1 event) March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024