MESYUARAT STATUS PROJEK PEMBINAAN MAHKAMAH SYARIAH PAPAR, SABAH

24 Februari 2022 | Satu Mesyuarat bagi membincangkan status projek pembinaan Mahkamah Syariah Daerah Papar telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Mesyuarat, Majlis Daerah Papar, Sabah.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAA Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM bertujuan membincangkan status terkini projek pembangunan mahkamah tersebut yang telah tertangguh hampir 4 tahun.

YAA Dato’ Setia Dr. memaklumkan bahawa status projek tersebut sering dibangkitkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan (MTPK), JPM yang dipengerusikan oleh Ybhg. TKSUK, JPM.

Agenda utama mesyuarat hari ini adalah bagi membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan kelulusan Kebenaran Merancang (KM) dan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada pihak kontraktor.

Turut hadir di dalam mesyuarat hari ini adalah YA Datuk Jasri@Nasip bin Mat Jakir (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM), Puan Nik Ainun Zanariah binti Nik Abd Rashid (Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Jabatan Kerja Raya Malaysia), YAA Tuan Ahmad Din bin OKK Othman(Ketua Hakim SyarieJabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah), Encik Ahmad Jaludin bin Abd Karim (Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Papar) dan Encik Azman bin Jamrin(Penolong Pengarah (Arkitek), Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah).

Last Updated on February 25, 2022

Kalendar JKSM

Events in March 2024

Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sunday
February 26, 2024 February 27, 2024 February 28, 2024 February 29, 2024 March 1, 2024 March 2, 2024 March 3, 2024
March 4, 2024 March 5, 2024 March 6, 2024 March 7, 2024 March 8, 2024 March 9, 2024 March 10, 2024
March 11, 2024 March 12, 2024 March 13, 2024 March 14, 2024 March 15, 2024 March 16, 2024 March 17, 2024
March 18, 2024 March 19, 2024 March 20, 2024 March 21, 2024 March 22, 2024 March 23, 2024 March 24, 2024
March 25, 2024 March 26, 2024 March 27, 2024 March 28, 2024 March 29, 2024 March 30, 2024 March 31, 2024